Powered by Blogger.
 

Sunday, January 29, 2012

Kisah seekor burung pipit..

3 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ

~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~














































 Ketika musim kemarau baru sahaja mula, seekor Burung Pipit mulai merasakan tubuhnya kepanasan, lalu mengeluh pada lingkungan yang dituduhnya tidak bersahabat. Dia lalu memutuskan untuk meninggalkan tempat yang sejak dahulu menjadi habitatnya, terbang jauh ke utara yang konon khabarnya, udaranya selalu dingin dan sejuk.

Benar, lama kelamaan dia merasakan kesejukan udara, makin ke utara makin sejuk, dia semakin bersemangat memacu terbangnya lebih ke utara lagi.

Terbawa oleh nafsu, dia tak merasakan sayapnya yang mulai terlekat salji, makin lama makin tebal, dan akhirnya dia jatuh ke tanah kerana tubuhnya diselaputi salji. Sampai ke tanah, salji yang menyelaputi sayapnya justeru semakin bertambah tebal. Si Burung pipit tak mampu berbuat apa apa, menyangka bahawa riwayatnya telah tamat. Dia merintih menyesali nasibnya.

Mendengar suara rintihan, seekor Kerbau yang kebetulan lalu datang menghampirinya. Namun si Burung kecewa mengapa yang datang
hanya seekor Kerbau, dia mengherdik si Kerbau agar menjauh dan mengatakan bahawa makhluk yang tolol tak mungkin mampu berbuat sesuatu untuk menolongnya. Si Kerbau tidak banyak bicara, dia hanya berdiri, kemudian kencing tepat diatas burung tersebut. Si Burung Pipit semakin marah dan memaki-maki si Kerbau. Lagi-lagi Si kerbau tidak bersuara, dia maju satu langkah lagi, dan mengeluarkan kotoran ke atas tubuh si burung. Seketika itu si Burung tidak dapat bersuara kerana tertimbun kotoran kerbau. Si Burung menjadi pasrah dan berfikir bahawa dia pasti akan mati kerana tak dapat bernafas.

Namun perlahan-lahan, dia merasakan kehangatan, salji yang membeku pada bulunya meleleh sedikit demi sedikit oleh hangatnya tahi kerbau, dia dapat bernafas lega dan melihat kembali langit yang cerah. Si Burung Pipit berteriak kegirangan, bernyanyi sepuas-puasnya.

Mendengar ada suara burung bernyanyi, seekor anak kucing menghampiri sumber suara, menghulurkan tangannya, mengais tubuh si burung dan kemudian menimang-nimang, menjilati, mengelus dan membersihkan sisa-sisa salji yang masih melekat pada bulu si burung.Setelah bulunya bersih, Si Burung bernyanyi dan menari kegirangan,dia berfikir telah mendapatkan teman yang ramah dan baik hati.

Namun apa yang terjadi kemudian, seketika itu juga dunia terasa gelap gelita bagi si Burung, dan tamatlah riwayat si Burung Pipit ditelan oleh si Kucing.
(penghargaan-hamba Allah yang kisah ini berasal daripadanya,semoga saham akhirat sentiasa mengalir



Mungkin ada sahabat yang pernah baca kisah ni,walaupun ianya mungkin hanya rekaan semata-mata, tapi bukan itu yang perlu kita ketengahkan, tetapi ibrah yang boleh kita sama-sama fikirkan dari kisah ni.

memang tak dinafikan, sudah menjadi lumrah dan kewajipan untuk kita berusaha bagi menjaga kehidupan,,sentiasa mencari-cari hatta dalam kegelapan sekalipun,asalkan dapat meneruskan perjalanan, dan seringkali juga bantuan yang tiba bukanlah sesuatu yang dijangkakan malah mungkin sesuatu yang sangat tidak berkenan di hati.Padahal dengan itulah kita mampu lagi meneruskan perjalanan.

Sedangkan kudrat yang kunjung tiba yang sangat menyenangkan,terus dinikmati dan dinikmati sehinggakan hanyut dalam buaian nafsu dan tidak disedari itulah yang akan melenyapkan nikmat yang sebenarnya.


Begitu juga keadaan kita, terkadang terlalu mengikut nafsu,sehingga kita terlupa, lalai dan leka sedangkan Allah telah pun berfirman dalam surah An-Naziat,ayat 40;

"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada keinginan hawa nafsunya"


Sebenarnya dari kisah yang ringkas ini, tersirat begitu banyak ibrah,cuma ana selitkan yang satu ini.




Dimana kita meletakkan diri kita??satu persoalan yang kita kena fikirkan..

wallahu a'lam
 

Komen Terbaru