Powered by Blogger.
 

Tuesday, May 31, 2011

Dunia Ibarat Bayang-bayang

2 comments

ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ


~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~



 
Penat kaki melangkah tak tertanding dengan ibrah dan mutiara nasihat dalam khutbah Jumaat, 27 Mei, di Masjid TM yang terletak di kawasan Menggatal, Sabah kalo ana tak silap. Perjalanan menelusuri jalan di bawah terik mentari bersama sahabat-sahabat sekali lagi memberi tempat kepada alam untuk mendidik diri.


Ana teruskan kepada perkongsian yang ingin ana sampaikan.Ana tertarik dengan satu analogi yang disampaikan oleh khatib dalam khutbah Jumaat yang lalu. Kata beliau, dunia ini ibarat bayang-bayang,jika kita mengejarnya kita tidak akan dapatkannya selama-lamanya. Tetapi bila kita tidak pedulikannya,ia pula yang akan mengikuti kita. Begitulah lebih kurang apa yang dikatakan oleh beliau.

























 

Gambar sekadar hiasan



 
Apa yang dimaksudkan dengan ''tidak mempedulikannya"?,,kita tidak mempedulikannya kerana kita sibuk dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan hakikat keperluan kita yang sebenarnya, dalam kita beribadat kepada Allah, melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran, berjihad di jalan Allah dan berkelana dalam menuju makrifat-Nya dan sebagainya.


Kenapa pula jika kita mengejar dunia kita tidak akan dapat selama-lamanya??padahal ada orang yang mengejar dunia, dan dia berjaya mendapatkannya,malah berlipat kali ganda..
Kita kena lihat balik mendalam,adakah itu kebahagiaan yang sebenarnya?adakah itu balasan Allah kerana amalnya ataupun hanya untuk menyesatkannya?
Tepuk dada,tanya iman..


Post kali ni tak panjang,,ana asif kalo ada kesilapan. Mungkin anda akan rasa sesuatu hilang ataupun tergantung masa baca post ni atau pun post2 sebelum ni,,maka latih diri kita untuk berfikir. Ana sendiri sebenarnya sukakan persoalan,dan tidaklah ana sampaikan ini melainkan untuk diri ana khususnya dan insyaAllah untuk diri kita semuanya untuk kita bersama-sama memaksimumkan daya pemikiran kita. InsyaAllah dari persoalan ini mengajar kita untuk sentiasa mencari jawapan.

wallahu a'lam

2 comments:

  1. Mencari dunia sekadar perlu,
    Akhirat nanti kan kita ketemu,
    Apakah amalan bila ketemu,
    Ketemu Allah Yang Maha Penentu.

    Dunia ini adalah perjalanan sementara yang suatu hari kita akan meninggalkannya. Tapi apakah kita meninggalkan bekas yang mempunyai isinya atau kosong yang tiada guna?

    Maka dari kini perlulah bermula
    Segala langkah agar diri tidak kecewa.
    Hanya DIA menentukan segala
    Pinta agar tidak berbolak balik hati yang ada.

    ReplyDelete
  2. syukran atas pinta itu,,semoga kita semua ditetapkan hati pada agama-Nya dan ketaatan pada-Nya..

    ReplyDelete

 

Komen Terbaru