Powered by Blogger.
 

Saturday, October 27, 2012

Sehari bersamanya..

0 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ


Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam,selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta atas keluarga dan sahabat Baginda..

Allahu..dah lama rasanya tak buka ruangan ni..mungkin juga kerana sudah masuk ke alam universiti, ditambah lagi dengan tanggungjawab lain menyukarkan untuk bertandang ke sini. Tapi, nak dijadikan alasan,tidak sama sekali.

Kalau bukan kita,siapa lagi yang nak galas tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ni kan..

Entry kali ni cuma nak kongsi sedikit pengalaman, walaupun dah lama, tai masih segar di ingatan..

Pertama kali aku melihatnya,aku turut rasa berbelah bagi,
Mulanya dia kelihatan diam,
hanya memerhatikan keadaan sekeliling,
tanpa bersuara dengan mata yang sayu,
dia ibarat berada dalam dunianya sendiri,

tak berapa ramai yg mendekatinya,
mungkin kerana rupanya..

Waktu itu dia diletakkan di satu sudut,
aku juga cuba mencari tmpt utk duduk,
lantas aku mngambil tempat berdekatannya,
dia di hadapanku..

aku cuba untuk mngelap air liur yg meleleh di mulutnya
dgn kain hijau sedia tersangkut di kerusi rodanya,
dia menolak malah melempar kain itu,
"dia tak suka org mnghulurkan smething ke arahnya" fikirku,
aku cuba mncari cara untuk mnjadikn dia suka pada
prkara yg dia x suka..

aku cuba brmain dgnnya mnggunakan kain hijau itu,
dia kelihatan tertarik,senyuman mula trukir d wajahnya,
dalam brmain itu aku ambil peluang utk mngelap dagunya..
semakin lama bermain,
semakin lebar senyuman d wajahnya....aku nmpak senyuman itu..
smpai satu masa,aku mnghulurkan kedua tangan ku padanya,
dia memegang erat tanganku,lantas meletakkan tanganku di atas kepalanya,
kmudian meletakkan kedua tanganku di atas mukanya,
dalam keadaan dia tunduk merapatkn dahinya dgn dahi ku..
dia tegak semula,saat itu dia bersuara,walau tak dapat difahami,
tp aku yakin itu suara keriangan..

beberapa kali dia memegang tanganku dn meltakknnya ke kepala dn muka..
tika dahinya hmpir dgn dahiku,aku merasainya
tak dapat nak ungkap..hmpir saja air mata mngalir..ku tahan
waktu tu aku sedar aku silap dgn rasa ku trhadapnya pada awalnya..



terima kasih dik, walau dirimu masih lg muda,
tp mngajar dn mnyedarkan diri tua ini..suatu yg sgt tnggi nilainya..
Alhamdulillah,terima kasi adik Fatiha..

-14/10/2012,Dewan Residensi Kangar,Program Seerat Kasih Bersama Pelatih Pusat Pemulihan Komuniti


~~Ya Allah,betapa tak ternilai nikmat yg Kau kurniakan~~


"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? "
~Ar-Rahman:16

0 comments:

Post a Comment

 

Komen Terbaru