Powered by Blogger.
 

Wednesday, February 29, 2012

Dua gadis itu

2 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ

~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~


Kali ni sikit pengalaman pagi semalam ana nak kongsikan. Pagi semalam ana ikut keluar dengan abang dan adik ana sekali nak beli tiket untuk balik ke kampus. Hari ni agak lain sikit, tak perlu lar ana nak katakan apa yang lainnya dari hari yang lain, cuma satu pemandangan yang agak sukar untuk ditemui di bandar-bandar besar seperti kat Kuala Lumpur ni dan alhamdulillah walaupun mungkin ianya dilihat sebagai sesuatu yang asing.


sekadar hiasan dan mesej penuh makna


Straight to the point, lepas satu urusan kami selesai pagi semalam, ada seorang lelaki berhampiran dengan ana. Ana perhatikan gelagatnya, bila ada gadis yang lalu, lelaki tersebut akan cuba nak menegur, dengan kata lain ana boleh katakan yang lelaki tu cuba nak menarik perhatian gadis yang lalu di hadapannya.

Dalam seketika masa, lalu dua orang gadis di hadapannya dan lelaki itu segera cuba menarik perhatian tetapi serta merta dia berhenti. Ana tersenyum, ana dengar percakapan lelaki tu, katanya yang lebih kurang.."ni tak boleh"..

Dua gadis tadi merupakan muslimah yang lengkap bertudung dengan sempurna. SubhanAllah, alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memperlihatkan ana salah satu hikmah setiap apa yang diperintahkan-Nya. Tengok, betapa Allah menjaga hamba-Nya yang menjaga-Nya dalam setiap aspek kehidupan, yang taat lagi patuh padanya. Sedangkan perkara sebegini yang mungkin dilihat perkara yang kecil, Allah tetap menjaga hamba-Nya apatah lagi hal yang besar.

Lihatlah para muslimah sekalian khususnya, dam umat Islam seluruhnya, apa yang Allah telah tetapkan bukan untuk menyusahkan hamba-Nya, malah sebagai tanda kasih dan sayang Allah kepada kita. Allah yang telah menciptakan kita, maka Allah lebih tahu apa yang kita perlukan. Ibarat mesin basuh yang kita beli, tidak tahu nak guna, tidak tahu apa langkah-langkah penjagaan,tidak tahu apa yang nak di buat bila rosak dan sebagainya melainkan dengan membaca buku manual yang dikeluarkan oleh syarikat mesin basuh tersebut.

Sama juga dengan kita. Allah yang menciptakan kita, nak tahu apa guna kita, nak tahu apa yang kita perlukan, nak tahu macam mana bila berhadapan dengan masalah,,kena baca buku manual yang dikeluarkan oleh Yang Mencipta kita, Allah,,apakah buku manual itu??itulah Al-Quran..dan hadis dari Rasulullah yang menerangkan lagi.Sebab apa??sebab Allah lebih tahu. Ni tak, buku manual buatan sendiri juga yang nak diguna.

InsyaAllah kita ambil pengajaran atas setiap yang berlaku di sekeliling kita, dan tidaklah ana sampaikan disini melainkan khusus untuk diri ana sendiri dan insyaAllah untuk kita sama-sama renungkan dan bermuhasabah.
Mungkin apa-apa yang berlaku adalah sebagai amaran bagi yang melihat, sebagai ujian bagi yang menerima, sebagai hikmah bagi yang berfikir, janganlah kita sudah terhantuk baru terngadah..semakin panjang umur kita, semakin pendek jerak kematian.Muhasabah khusus bagi diri sang musafir di perjalanan menuju-Nya.


wallahu a'lam..
 

Komen Terbaru