ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ
~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~
Kehidupan kampus betul2 menguji tarbiyah diri,,Alhamdulillah dapat bersama dengan sahabat2 perjuangan kat sini..
Duajumaat yang lalu,,ana sertai program kampus,Operasi Khidmat Masyarakat.OPKIM,,tapi bagi ana program ni lebih kepada program anak angkat..Tujuh fakulti yang menyertai,masing2 d hantar ke
kampung yang berlainan.
Dan fakulti ana, fakulti sains gunaan, bawah kursus teknologi marin istimewa sikit,,,kena hantar ke kampung nelayan,,orang marin lar katakan..
Bertolak dari kampus dalam pukul 2 petang, ke majlis perasmian OPKIM yang di rasmikan oleh MB Perlis..duduk sebentar dalam dewan,dengar ucapan2 org2 besar......”terima kasih kepada pihak..”,,,”kita kena berterima kasih dengan ke*aj**n...”(sempat lagi promote),,bla,bla,,,
Kami sampai ke kampung angkat kami dalam pukul 4 petang, Kampung Kuala Sungai Baru, lepas tu ada sedikit majlis dengan ahli jawatankuasa kampung, lepas tu baru kami dibahagikan kepada
keluarga angkat masing2..
Bermula kisah..
Masa prtama kali ana lihat ayah angkat ana, beliau kelihatan seperti kurang peramah.
Ana dan sahabat ana dalam keluarga angkat yang sama,kami pergi ke rumah keluarga angkat
dengan berjalan kaki. Petang tu kami hanya d sambut oleh ayah angkat dan anaknya, mak angkat berniaga.
Sampai kat rumah,kami d sambut oleh Tok ngan Tok wan, ramah orangnya. Lepas berkemas dalam bilik,
kami di bawa oleh ayah angkat ke tepi pantai, katanya nak bawa ke tempat mak angkat berniaga, anak bongsu ayah angkat ikut sekali.
Dalam perjalanan menaiki motosikal, subhanAllah, indah sungguh pemandangan ciptaan Allah sepanjang persisiran pantai. Smpai kat sana, tak sangka ayah angkat ana ni rupanya seorang yang sangat ramah.
Ya Allah, betapa diri ini bersangka kurang baik.
Kami disajikan dengan jagung bakar dan beberapa makanan laut bakar. Sedap rezeki yang Allah kurniakan.
Petang tu, agak rancak juga perbualan kami, tak sangka rupanya ayah angkat
ana ni merupakan pemain negara untuk sukan bola tampar.
Hari dah nak masuk maghrib, kami pulang ke rumah. Malam tu ada ceramah tentang persatuan nelayan, balik dari ceramah tu,berbual panjang ngan mak angkat, tok dan tok wan
sambil minum kopi..(kopi sedap, kurniaan Allah).
Petang sebelum tu,ana perasan yang tok wan sakit badan, mungkin masuk angin,,
jadi malam tu ana tawarkan diri untuk urut tok wan. Pagi esoknya, setelah sarapan dll,,tok bagitahu ana,
yang tok wan tak seperti kebiasannya pada waktu malam semalam,,
tok wan kurang batuk dan lebih nyenyak tidur(kot, ana da lupa camna ayat yg tok ckp). Tok wan
sendiri kata dia rasa cergas(lebih kurang gini lar ayat yang tok wan cakap) lepas ana urut,,
Alhamdulillah tu semua dari Allah, mana lar ana punya daya.
Pagi sabtu tu, program kat sekolah kebangsaan, gotong-royong. Banyak pokok
di tumbangkan(macam tak betul ayat ni). Masa tu buat keja sampai kotor baju dengan getah pokok, ana teringat kata cikgu ana satu ketika dulu masa sekolah
menengah(tak perlu lar ana cerita, nanti habis plak dakwat nak taip ni,,eh)..
Habis gotong royong, rehat kejap..ayah angkat dan mak angkat bawa ana dan sahabat ana
makan tengah hari kt pulau batu layang,,tapi hari tu keadaan kurang mengizinkan,jadi kami hanya makan dalam bot, di tepi pulau batu layang..lepas tu panjat batu kat pulau tu kejap..
subhanAllah, pemandangan masa kat atas batu tu sangat indah.
Sebelah petang tu sepatutnya ada ceramah(lagi),,tapi batal,,jadi aktiviti bersama keluarga angkat di teruskan.
Sebelah petang selepas asar pula ada sukaneka,,tengok kanak2 riang ria bermain,,
alangkah indahnya jika mampu riang setelah di 'sana'...
malamnya ada jamuan, jamuan perpisahan kot..balik dari jamuan, ana urut tok wan sambil tengok perlawanan bola sepak...
keesokkanya, sepatutnya ada aktiviti tapi batal,,ana dan sahabat ana jalan2 ronda tepi pantai bersama mak angkat,,lepas tu kami dengan sahabat2 yang lain jalan2 ronda kampung, sawah, pantai...kami semua pegi pulau batu layang.
Petang tu balik semula ke kampus.
Habis cerita.(asif,,tergantung plak)
Beberapa gambar yang kami sempat rakamkan,,sikit ja lar,,ana tak upload suma..8')
Mungkin agak pendek apa yang ana ceritakn kat sini, tapi kenangan yang dirakam sangat banyak lagi berharga bagi ana, banyak pengajaran dari perjalanan kali ni,, tambahan lagi mak angkat yang menawarkan tempat untuk beraya,,, sekian
-Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha-
wallahu a'lam
~
0 comments:
Post a Comment