Powered by Blogger.
 

Saturday, October 22, 2011

Begitulah agama kami..

1 comments

ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ

~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~































Semasa berada dalam khemahnya, Sultan Salahuddin Al Ayubi terdengar suara wanita tua yang sedang menangis 
lalu memerintahkan agar wanita itu dibawa mengadapnya.

“Kenapakah ibu menangis? Apakah musibah yang menimpa diri ibu?” tanya beliau. 

“Wahai sultan, hidupku kini sebatang kara, sedangkan aku sudah tua. Anak lelakiku telah hilang dalam peperangan dengan tenteramu. 

Aku tidak tahu sama ada dia masih hidup atau telah mati. Sementara suamiku pula telah menjadi tawanan tuan, 
padahal dialah yang menyara nafkah hidupku,” kata nenek itu. 

Sultan Salahuddin memerintahkan supaya dibebaskan suami wanita tersebut dan dicari anaknya. Rupa-rupanya anak lelakinya
 masih hidup lalu dibawa kedua-duanya
menemui wanita itu. 

Kerana terlalu gembira dan terharu, wanita tua itu mengucapkan terima kasih atas kemuliaan budi Sultan Salahuddin. 


“Wahai ibu, begitulah ajaran agama kami,” jawab Sultan Salahuddin.
 

Ibu itu bertanya, “Ceritakanlah kepada kami apa itu Islam.” 

Setelah diceritakan tentang agama Islam, akhirnya kedua-dua suami isteri itu mengucapkan syahadah.


~Allah..selalu diri memuji, mengatakan ianya indah,,tapi sejauh mana diri mengamati keindahannya,,
 menyebabkan segala yang terluah hanyalah bicara manis mulut..

wallahu 'alam

1 comments:

  1. akn bagaimana pula masyarakat kini yang rapuhnya pegangan hidup yang berlandaskan Islam.....apakah akan ada lagi suatu waktu pemerintah yang seperti ini????

    ReplyDelete

 

Komen Terbaru