Powered by Blogger.
 
Showing posts with label Cetusan hati... Show all posts
Showing posts with label Cetusan hati... Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Mendung..

0 comments

ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ

~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~







Mendung di Jesselton Point,

membawa angin dingin menyapa lembut di pipi,

memecut sang awan yang berarak,

merubah corak lukisan langit,



seketika lagi ku menunggu bilanya ia akan bertolak,

saat itu si awan memuntahkan isinya,

derapan rintik hujan yang perlahan semakin laju,

si ombak semakin rancak menari,

menghamparkan satu rangkap peristiwa acuan diri,

membayangkan jemputan akan ku terima,

terlintas semua insan yang mengenali diri,

hampir saja hujan turut mengambil tempat di mata,

kerana mengenangkan amalan yang masih jauh ketinggalan,

dosa-dosa yang tinggi menggunung,

malu untuk ku pergi,






kaki bermadah mengajak pulang,

tapi hati menyergah ingin meneruskan perjuangan,

kerana andai ku mendapatnya di sini,

diri redha kerana sudah di tetapkan-Nya,

siapa diri ini untuk menolak jemputan itu..











~Ibnu Bakri, 4 Ogos 2011

Monday, May 09, 2011

Ibu

0 comments

ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ


 
Senyumanmu membelai hati,
Di kala senja bertandang menyelimuti,
yang mencantas suka dalam diri,
yang mengundang duka ke mari,
Lalu berlalu pergi tanpa ku sedari,

Tika itu ku tak mengerti apa,
berdepan jeram sungai dalam dunia,
yang berkunjung dek berlalu masa,
yang berkunjung tak kenal rupa,

Tapi dirimu tak kenal erti lelah,
mencurah kasih bukan susah,
dalam setiap waktu yang menjengah,
tak lepas mendidik akhlak Islamiah,

kini si kecil semakin mengenal dunia,
yang engkau ajarkan jangan kasihkannya,
takut terlupa nun akhirat sana,
yang hayatnya selamanya,
mengajarku untuk mngejar cinta-Nya,

tiap detik terkenangkanmu,
kasih dan cinta yang kau curah padaku,
ku khabarkan madah pada sang bayu,
mohon salam cintaku sampai padamu,
pada Yang Maha Kuasa ku rayu,
Agar dirimu sejahtera selalu,

Ratu hati pujangga jiwa,
Izinkan maaf anakmu meminta,
Kerna detik ini tak bersua,
dek musafir larut diraga.


Monday, April 25, 2011

Kek durian..

1 comments
Assalamu'alaikum,,

kek durian,,ada ap dengan kek durian??alhamdulillah,bru lpas makan kek durian,memang sedap,,tp lpas telan,xda rasa apa-apa..terfikir,,apakah lidah ini da hilang deria rasanya??





tentunya tidak,,mesti lar kan kalo da makanan da ditelan,cmna nk rsa balik,melainkan dimuntahkan semula(kompom lain rasany),,,ini lar salah satu nikmat Allah yang Allah berikan kepada hambanya,,walaupun hanya sepotong kek durian,tp menyimpan sejuta 'ibrah,pengajaran yang mampu difikirkan,diaplikasikan dalam diri agar menyedari betapa lemahnya diri ini,,tiada daya dan upaya melainkan Allah shj..


betapa singkat nikmatny makan kek durian yang hany sepotong itu,,dimakan sedikit demi sedikit agar rasany yang sedap itu dapat dihayati lebih lama sikit berbanding trus telan sekaligus,,pastu cam nak lagi,,


begitu lar manusia,,andai di beri segunung harta,pasti akan meminta yang keduany,andai diberi yang ksduanya,pasti akan meminta yang ketiganya,,,,


xpernah puas dan rsa mencukupi dengan apa yang ada(umum),,padahal tidaklah apa yang dirasa itu  melainkan hanya sementara saja,,

mengapa hendak yang susah sedangkan ada yang senang?
susah yang yang dimaksudkan ialah kesannya yang tak memberi kita rsa senang,senang yang dimaksudkan ialah kesannya yang tidak memberi kita rasa susah..


atau untuk lebih senang untuk difahamkan,,

mengapa hendak di kejar yang sementara,sedangkan ada yang selamanya??
renung-renungkan..

Sunday, April 24, 2011

Buat sahabat..

0 comments
Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh..


Tanpa disedari hampir setahun telah berlalu dalam meniti pengajian bagi yang mengikuti program Asasi,Matrikulasi dan setaraf yang akhirnya telah pun tamat meningalkan seribu satu kenangan. Banyak pengalaman suka dan duka ditempuh bersama rakan-rakan walaupun hanya berbekalkan satu tahun.


Kalau sebelum ni sebaik bangun dari tidur akan terus terlintas di fikiran tentang tugasan yang belum disiapkan,takut kena marah sebab tak siap tugasan,lepas tu tegok jadual untuk hari tu,senyum lebar terlakar di bibir kerana subjek untuk tugasan tu takda dalam jadual hari.


Pergi ke surau untuk solat subuh dalam keadaan gembira,apa taknya,semalam cadang nak ''stay up'' siapkan tugasan,tetiba lena dibuai katil,akhirnya tak tersentuh langsung tugasan.

Lepas selesai solat,sarapan,tak mandi,,sebab da mandi sebelum subuh. Pastu bersiap untuk sesi PNP,letak suma buku yang perlu untuk hari tu,sebelum tu,cek balik jadual...astaghfirullah,salah tengok jadual rupanya tadi. Huru-hara kepala,gundah-gulana hati,merana jiwa memikirkan tugasan yang belum disentuh lagi...


Nasib baik ada kawan da siap,fotostat jap sebelum masuk tutoran. Lega sebab sempat siap sebelum kena hantar. Dalam kuliah pulak,sejuk, ''aircon'' kuat sangat,,sedap kalo tido...."hey kamu di sana,bangun!",,kata pensyarah pakai ''mike''.. Pergh,malu tahap,tahap..fikir lar sendiri.


Disingkatkan,lepas abis kuliah,selesai solat,petang gi main,ada yang makan kat kafe. Lepas main,mandi,,gi solat maghrib. Stay surau sementara tunggu waktu Isyak,ada yang buat ibadat,tak kurang juga kumpul ngan kawan-kawan,bincang pelajaran,program pelajar,masalah umat,usrah,belajar,,borak kosong(?),,wallahu'alam.

Selesai solat isyak,balik bilik,tekad nak buat tugasan yang belum siap dan belajar,,last-last,,tentukan sendiri lar.


Di kesempatan ini ana hany dapatkn berikan secebis ini buat insan yang bergelar sahabat,,


Sahabat,takkan ana lupakan memoriyang telah kita bina bersama,peganglah perjuangan kita...

 

Komen Terbaru