ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ
~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~
Mendung di Jesselton Point,
membawa angin dingin menyapa lembut di pipi,
memecut sang awan yang berarak,
merubah corak lukisan langit,
seketika lagi ku menunggu bilanya ia akan bertolak,
saat itu si awan memuntahkan isinya,
derapan rintik hujan yang perlahan semakin laju,
si ombak semakin rancak menari,
menghamparkan satu rangkap peristiwa acuan diri,
membayangkan jemputan akan ku terima,
terlintas semua insan yang mengenali diri,
hampir saja hujan turut mengambil tempat di mata,
kerana mengenangkan amalan yang masih jauh ketinggalan,
dosa-dosa yang tinggi menggunung,
malu untuk ku pergi,
kaki bermadah mengajak pulang,
tapi hati menyergah ingin meneruskan perjuangan,
kerana andai ku mendapatnya di sini,
diri redha kerana sudah di tetapkan-Nya,
siapa diri ini untuk menolak jemputan itu..

~Ibnu Bakri, 4 Ogos 2011
0 comments:
Post a Comment