Powered by Blogger.
 

Sunday, April 24, 2011

Buat sahabat..

0 comments
Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh..


Tanpa disedari hampir setahun telah berlalu dalam meniti pengajian bagi yang mengikuti program Asasi,Matrikulasi dan setaraf yang akhirnya telah pun tamat meningalkan seribu satu kenangan. Banyak pengalaman suka dan duka ditempuh bersama rakan-rakan walaupun hanya berbekalkan satu tahun.


Kalau sebelum ni sebaik bangun dari tidur akan terus terlintas di fikiran tentang tugasan yang belum disiapkan,takut kena marah sebab tak siap tugasan,lepas tu tegok jadual untuk hari tu,senyum lebar terlakar di bibir kerana subjek untuk tugasan tu takda dalam jadual hari.


Pergi ke surau untuk solat subuh dalam keadaan gembira,apa taknya,semalam cadang nak ''stay up'' siapkan tugasan,tetiba lena dibuai katil,akhirnya tak tersentuh langsung tugasan.

Lepas selesai solat,sarapan,tak mandi,,sebab da mandi sebelum subuh. Pastu bersiap untuk sesi PNP,letak suma buku yang perlu untuk hari tu,sebelum tu,cek balik jadual...astaghfirullah,salah tengok jadual rupanya tadi. Huru-hara kepala,gundah-gulana hati,merana jiwa memikirkan tugasan yang belum disentuh lagi...


Nasib baik ada kawan da siap,fotostat jap sebelum masuk tutoran. Lega sebab sempat siap sebelum kena hantar. Dalam kuliah pulak,sejuk, ''aircon'' kuat sangat,,sedap kalo tido...."hey kamu di sana,bangun!",,kata pensyarah pakai ''mike''.. Pergh,malu tahap,tahap..fikir lar sendiri.


Disingkatkan,lepas abis kuliah,selesai solat,petang gi main,ada yang makan kat kafe. Lepas main,mandi,,gi solat maghrib. Stay surau sementara tunggu waktu Isyak,ada yang buat ibadat,tak kurang juga kumpul ngan kawan-kawan,bincang pelajaran,program pelajar,masalah umat,usrah,belajar,,borak kosong(?),,wallahu'alam.

Selesai solat isyak,balik bilik,tekad nak buat tugasan yang belum siap dan belajar,,last-last,,tentukan sendiri lar.


Di kesempatan ini ana hany dapatkn berikan secebis ini buat insan yang bergelar sahabat,,


Sahabat,takkan ana lupakan memoriyang telah kita bina bersama,peganglah perjuangan kita...

0 comments:

Post a Comment

 

Komen Terbaru