Mutiara Kata Imam Malik
- Apabila seseorang itu memuji diri sendiri, hilanglah kebijaksanaannya.
- Apabila engkau ditanya tentang sesuatu perkara, hendaklah kamu halusi dan teliti pendapat kamu dengan pendapat orang lain, kerana penelitian itu menghapuskan fikiran sempit.
- Zuhud itu bukanlah tidak mempunyai harta benda tetapi mengosongkan hati daripadanya.
- Sebaik-baik perkara ialah yang jelas dan nyata. Jika tiada kepastian di antara dua perkara, ambillah yang lebih meyakinkan.
- Apabila seseorang manusia itu tidak berbuat baik kepada dirinya sendiri, dia juga tidak baik di sisi manusia.
- Ilmu itu cahaya (nur). Ia tidak akan jinak kecuali pada hati yang khusyuk dan taqwa.
0 comments:
Post a Comment