ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ
Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,,selawat dan salam atas Baginda,Nabi junjungan,Nabi Muhammad S.A.W serta seluruh keluarga dan sahabat Baginda..
Segala puji sekali lagi ana rafakkan kepada Allah, Tuhan semesta alam,,kerana program Intelectual Leader Camp anjuran Alumni PERPPIS SMK Tebobon dan Alumni BALKIS SMP Likas,Kota Kinabalu telah berjaya dilaksanakan pada 27 Mei yang lalu sehingga 29 Mei. Setelah lebih kurang dua hari barulah ana dapat kongsikan sedikit pengalaman ana di SMK Tebobon, Kota Kinabalu.
Sebenarnya ana ni pun bukanlah bekas pelajar sekolah tersebut, tapi mendapat pelawaan dari sahabat untuk menyertai program tu sebagai AJK dan fasilitator. Walaupun menghadapi pelbagai dugaan dalam melaksanakan program tersebut, alhamdulillah ianya masih dapat berjalan dengan lancar dan menyajikan hikmah dan kurnia-Nya tak kira kepada AJK sendiri mahupun peserta. Alhamdulillah ana dapat berkenalan dengan ramai sahabat baru dalam program ni, dan secara tidak langsung program ni turut mendidik para AJK dan fasilitator untuk lebih berkepemimpinan.
Kali ni ana cuma terangkan secara ringkas mengenai program ni. Program ni bermula sekitar pukul 4 petang di mana para peserta mula mendaftar, dan pada malamnya,acara 'ice breaking' yang diurus oleh pengarah progrm sendiri yang menyentuh sedikit kelainan. Pengarah program buat ala-ala Imam Muda semasa sesi 'ice breaking' tu. Pada keesokan harinya, para peserta disajikan dengan beberapa aktiviti menarik.
Pada malamnya pula,ada sedikit aktiviti dan disambung dengan acara Malam Kesenian Islam, di mana peserta diminta untuk mempersembahkan persembahan yang telah ditugaskan sebelum itu.
Persembahan dari peserta, sumanya mantap2,,tak lupa juga persembahan nasyid dari AJK,tak sangka dapat juga ana lepaskan rindu dengan bernasyid dengan sahabat Shoutul Irfan(walaupun hanya kami dua orang masa tu) dan bergabung dengan kumpulan Ar-Rayyan dari SMK Tebobon.Salah satu acara yang ana tak dapat lupakan ialah masa sesi penghayatan,,satu ayat yang diluahkan oleh salah seorang fasilitator masih terngiang-ngiang di telinga ana,,
"...Ya Allah,pandanglah aku walau sekadar jelingan..."
Lebih kurang begitulah ayatnya,,insyaAllah sama2 kita hayati. Esoknya pula ada sedikit lagi aktiviti sebelum program bersurai, salah satunya ialah Perintah Si Bisu,,aktiviti ni agak seronok dengan pelbagai ragam peserta. Program berakhir lebih kurang pada pukul 2.30 petang.
Apa-apa pun ana memang bersyukur kerana terpilih untuk turut sama terlibat dalam program ni. Syukran ana ucapkan kepada sahabt ana yang sudi mengajak ana untuk terlibat dalam program ni,akhi Shahfieq yang juga merangkap sebagai pengarah program dan tak lupa kepada suma rakan AJK dan fasilitator.
Ana ingin memoon maaf kerana agak ringkas dan tak ada apa yang nak dipaparkan dalam post ni pada waktu ini,,insyaAllah ana akan post bila diberi peluang.
wallahu a'lam
0 comments:
Post a Comment