Powered by Blogger.
 

Friday, May 13, 2011

Rahsia Solat

4 comments

ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ

~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran". 
























Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-quran. Diantara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (blackseed) dan sebagainya.

 Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam urat manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. 

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang.

 Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. 
Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.


Kesimpulannya: Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walaupun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.


Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walaupun akal mereka mengetahui bahawa perbuatan yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal.

Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala sosial masyarakat masa kini. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil iktibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit. 


~edited by Ibn Bakr
  Maaf atas salah dan silap

Betapa segala yang telah ditentukan Allah ada hikmahnya,manakan
hendak dan mampu untuk kita menolaknya hatta sekalipun musibah yang menyinggah.

Untuk renungan ana khususnya dan insyaAllah untuk kita semua. Hak Allah wajib kita laksanakan dan
 betapa indahnya tatkala dilaksanakan dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Ya Allah,
hanyutkan kami di lautan Cinta-Mu.

4 comments:

  1. salam sahabat

    subhanallah...sains sudah banyak membuktikan tentang kehebatan syariat Islam, semoga umat Islam terus memelihara tiang agama supaya hati sentiasa mantap dengan iman =)

    ReplyDelete
  2. Mohammadazhan~btul tu,,sama2 kita brdoa..8')

    ReplyDelete
  3. benar....tetapi janganlah kita bersolat semata-mata mahu mendapat kebaikan kesihatan. jika melakukan sedemikian maka yang dapat hanya nikmat kesihatan bukan nikmat sebenar didalam ketaatan padaNya. Jika sesuatu yang dilakukan bukan keranaNya maka hanya nikmat yang difikirkan atau yang dicari yang diketemui bukan pahala dariNya. wallahualam....

    ReplyDelete
  4. MengharapRedhaMu~ana sokong sangat,,mmg xdpt dsangkal redha dan cinta-Nya lah tujuan utama kita,,apalah erti semuany jika d bndingkn dgn cinta-Nya,,subhanAllah..syukran

    ReplyDelete

 

Komen Terbaru