Powered by Blogger.
 

Sunday, May 22, 2011

Perjalanan kali ni..

0 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ


~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~





Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,,walaupun sejak beberapa hari ni ana agak sibuk sedikit,tetapi di samping kesibukan yang tak seberapa sibuk tu pun ada banyak ibrah yang dapat dikutip dengan izin Allah,insyaAllah.

Bila diperhatikan alam, kejadian sekeliling, walaupun hanya perkara kecil yang terjadi di sisi,,sungguh Allah tidak menjadikan semua ini dengan sia-sia, akan ada hikmah yang menyusul walaupun terkadang ianya
terang benderang depan mata,yang kadang-kadang hanya sebahagian yang menyedarinya, dan terkadang ianya terselindung dek hijab dan tersirat,yang hanya sedikit yang menyedarinya, semuanya dengan izin Allah.

Ada perkara yang jelas di hadapan seseorang tapi dia tidak mampu melihatnya,tapi orang lain yang mampu melihatnya dan ada perkara yang terselindung di sebalik perkara yang lain tapi mampu dilihat dan disedari oleh sebilangan yang lain. Dan tidaklah semua ini melainkan dengan izin Allah.

Dalam beberapa hari ni,ana banyak sikit berjalan di muka bumi Allah ni di samping sahabat-sahabat seperjuangan, meraikan sahabat, bermesyuarat untuk program yang disertai, menuntut pengetahuan,,,semuanya banyak menimbulkan persoalan dan rasa senang serta ibrah tersendiri.

Semalam pula,,alhamdulillah anak saudara ana selamat dilahirkan. Ana bermohon pada Allah agar inilah insan yang suatu hari nanti bakal bersama-sama di barisan hadapan dalam memperjuangkan agama Allah,
inilah insan yang bakal meletakkan usaha di jalan dakwah,
inilah insan yang bakal bersama dalam menegakkan kembali Khilafah Islamiyyah,
inilah insan yang hidupnya tidaklah melainkan kerana cinta kepada Allah dan kekasih-Nya,,

InsyaAllah minggu yang baru ni pula ana akan bergerak ke Labuan untuk menyertai sahabat-sahabat dalam minggu pengurusan pelajar baru kolej Matrikulasi Labuan bagi membantu dalam pngurusan pelajar baru.
Apakn daya ana,ana hanya mampu menyertai lebih kurang dalam satu hari saja.
Semua ni pun hanyalah perancangan,Allah yang menentukan segalanya.
Segala puji bagi Allah, sehingga kini masih mampu bernafas mendapat nikmat oksigen yang kadang kala kita ni lupa betapa nikmatnya menghirupnya.Kadang-kala kita lupa nikmat Allah ini yang mana kita sentiasa menyedutnya dengan izin Allah,kadang-kala kita terlepas pandang perkara ni.

Walaupun ianya mungkin dipandang sesuatu perkara yang kecil,mungkin tidak semua tapi mungkin hanya segelintir. Tetapi kita berharap agar tidaklah bilangan itu melainkan sedikit jika ada.
Setiap nikmat Allah yang dikurniakan, sungguh walaupun ianya sekecil zarah,hikmahnya sangatlah besar.

Kadang kala kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai atau pun telah ditakdirkan untuk memperoleh sesuatu yang pada kita tidak berasa senang dengannya,,apakah yang kita lakukan??kita bersedih,merasa putus asa,merungut dan sebagainya atau pun bersyukur??

mungkin itu adalah balasan kepada kita atas apa yang telah kita lakukan sebelum ni,atau pun Allah menguji kita disitu,dan tidak salah jika dikatakn itu sendiri sebenarnya adalah nikmat,,mungkin dengan perkara itu kita lebih mengingati Allah dari sebelumnya.Allah lebih mengatahui apa yang lebih baik untuk kita.(Al-Baqarah,2:216)

Tidaklah ana sampaikan ini melainkan khusus untuk diri ana sendiri dan insyaAllah untuk kita semua,ana mohon maaf jika agak kurang di fahami dan ada kesalahan. Masa ni pun sebenarnya ana cuma nak kongsi sedikit perjalanan hidup ni, pasal berita kelahiran anak saudara baru ni,,tapi nampak macam tak banyak kn yang dikongsi di atas,,8')

'mood' kali ni agak mendatar kan??apa pun,bagi komen ja jika ada apa2,,8')
insyaAllah hanya ni ja untuk kali ni,

wallahu a'lam

0 comments:

Post a Comment

 

Komen Terbaru