Powered by Blogger.
 

Wednesday, May 25, 2011

Puisi Pak Cik

1 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ


~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~

Kali ni ana cuma letakkan puisi Pak Cik ana yang baru beliau buat pagi tadi, insyaAllah walaupun agak ringkas tapi penuh dengan mutiara nasihat dan muhasabah. Beliau seorang yang suka berpuisi dan menulis. dan selalu tag ana puisinya kat FB bila ada puisi baru, yang ni salah satu dari banyak2 yang beliau tag.

Tajuk puisi ni ialah "Musafir".

Gambar sekadar hiasan

"tamuku lewat di suatu malam musim panas
kedatanganmu pun memang tak kusangka, malam kembang bunga kenanga
sinar matamu yang rudup bicaramu musafir yang lelah
kau minum segelas susu sambil berbual kota yang ranap
bumi merekah mimpi  gerun  bulan yang terhiris
kutanya  apakah sudah ditemukan yang benar..
belum, mereka masih menghitung nasib dan dosa-dosa celaka
bual semakin lemah, kisahnya berhenti.
kutunggu esok mendatang, musafirku masih di ufuk mimpi."



~Kalo nak baca lagi puisi-puisi beliau boleh lihat kat blog ni,,tapi mungkin kat blog tu agak kurang sikit,,sebab ana sendiri lihat beliau lebih suka post puisinya kat fb,,8')

InsyaAllah kita cuba perah otak kita ni untuk berfikir lagi, mngeluarkan mutiara nasihat dan muhasabah dari puisi ni.

Wallahu a'lam

1 comments:

  1. Puisi yang sungguh puitis..seninya halus,idea yang kreatif.Bisa menggamit hati yang kering menjadi subur..sarat dengan keinsafan,tapi sedikit sahaja isi bualannya.jika ditambah mesti lagi indah:)sangt suka puisi ini:)

    ReplyDelete

 

Komen Terbaru