Powered by Blogger.
 

Friday, May 06, 2011

Lawak(?)

1 comments



ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ




[InsyaAllah utk entry kali ni nak kongsi satu artikel buat renungan dan janaan minda bersama..Mohon pembetulan dn maaf atas salah dan silap ]






Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....



Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa 'machinegun'... lalu salah seorang lelaki itu bertempik: 



"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....


daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:


"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit,sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat".... sambil kedua lelaki tersebut bersedia untuk sama-sama bersembahyang berjemaah....




Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah...
" Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "

" Lawak kan, berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak kan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawak kan, ramai orang percaya kepada gosip dan

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal,tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak kan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan
lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama
apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"



~edited by Ibn Bakr

Wahai diri,
renung-renungkan,fikir-fikirkan

Wallahu a'lam

Thursday, May 05, 2011

Satu ketika

1 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ


Alhmadulillahi rabbil 'alamin,,segala puji ana rafakkan,yg hanya haq kepada-Nya,,selawat dan salam atas Nabi Muhammad,Rasulullah,,dan atas keluarga serta sahabat Baginda..

Pada ruangan kali ni ana terdetik utk mnceritakan satu peristiwa yg pernah ana lalui bersama seorang sahabat ana,.

Dia salah seorang sahabat yg ana sangat kagumi. Ana hormat akan ilmunya apatah lg akhlaknya. Dialah juga yang mngajak ana utk trun medan ke dakwah,mngajak kpd kbenaran dn mncegah drpd kmungkaran.


Dimulakan cerita,kami selalunya akan meronda kolej slps Isyak dan slaluny dialah yg akan bersuara apabila kami trserempak dgn pasangan yg mncuriga,,

Pada satu mlm ana xdpt ikut sahabat ana,jd dia bwa lg sorg sahabat ana yg lain dgn dia,,setelah selesai urusan ana,,sahabat ana telefon ana dn meminta untuk ana pergi ke tmpat biasa yg kami selalu ronda.Rupa-rupanya mlm tu ad lebih dari satu pasangan yg mncuriga.


Alhamdulillah kami dapat leraikan yg pertama dgn yg kedua. Tetapi lain plak ngn yg terakhir,,bila sahabt ana mnghampiri dn memulakan bicara,klihatan lelaki trsebut mninggikan suara.Sahabat ana cuba utk tidak mmbrukkn lg suasana,ana yg brdiri kt situ mnerangkn kpd lelaki trsebut ap sbnrny yg kami buat,bukanlah utk mncari gaduh. Terjadi sdikit prbualan antara sahabt ana dgn lelaki trsbut,d pndekkn crita,lelaki trsbut brtanyakn nama sahabat ana,sahabt ana pn mmbritahu nmany,,dn masing2 pn tahu nma2 msing2..

Alhamdulillah mlm tu x trjd pa2 yg x d ingini,,mmg pngalaman prtama kami dlm usaha,sahabat ana trutamanya,mncegah prbuatn brdua2 d tmpt sunyi cmni,,rupa2nya bukan itu klimaks utk crita ni.SubhanAllah,,betapa indah ap yg d aturkn Allah utk hambanya.

Setelah dua hari(kalo ana x slap),,seorg drpd sahabat kami yg lain berjmpa dgn ana slpas solat zuhur dan brtanyakn kpd ana kalo ad d antara kami smasa mmbuat rondaan,mnggunakan nama rakannya.Rupanya lelaki yg kami jmpa mlm tu brjmpa dgn kmpulan sahabt ana yg satu ni,lelaki tu kata kmi guna nma rakan sahabt kmi ni smasa sahabat ana mmperkenalkn diriny pd mlm tu.

Ana pn mnceritakan apa sbnrnya yg berlaku agar x tmbul prkara yg x elok d sbbkn tuduhan trsebut. Ptg tu,lpas Asar ana bgtw sahabt ana utk brjmpa ngn kmpulan sahabat kmi yg satu ni.Alhamdulillah,ptg tu klihatan suma da "settle''.Sahabt ana tenang dan mmberikn respon yg berakhlak bg ana,trhadap tduhan trsbut.


Setelah brapa bulan(atau mnggu kot,ana x brp ingat),lpas tmat pngajian d kolej,ana trlihat satu post kt facebook,bbrpa kmpuln sahabt kmi yg satu ni klihatanny masih prcaya dgn tuduhan atas diri sahabat ana trsbut, Betapa sdih diri ana walaupun bkn ana tuduhan itu d tujukn.Ana masih ingat kata2 sahabt ana mngenai tduhan ni,,"ndak pa,biarkn jak"(xpa,biarkn sj)


InsyaAllah sama 2 kita ambil iktibar,,sesungguhny dlm Jalan ini sntiasa akan ad ujian-Nya,,

"Katakanlah:'Jika bapa-bapa,anak-anak,saudara-saudara,isteri-isteri,kaum keluargamu,harta kekayaan yg kamu usahakn,prniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya,dan rumah-rumah tempat tinggal yang kami sukai,adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya,maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik."
~9(At-Taubah):24

"Hai orang-orang  yang beriman,jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukan mu"
~47(Muhammad):7


Ya Allah,kurniakanlah kami hidayah-Mu,
tunjukknlah kepada kami apa yang haq itu adalah sebenar-benar haq
dan yang batil itu adalah satu kebatilan,,




























Ya Allah,,
betapa kecil "fitnah" yang Engkau turunkan pada hamba-Mu
jika dibandingkan dengan mahar Cinta-Mu,,


Wallahu'alam

Ceriakan harimu(karya)

1 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ


Alhamdulillah,,tiada daya dn kekuatan mlainkan-Nya,,kali ni ana dpt lg siapkn satu karya,,sbnrny karya kali ni ada lah atas permintaan salah sorg sahabt ana,,'hardcopy' kt shbt ana,,ana hany tngkap gmbr lukisan ni pastu edit pkai adobe..


Gambar lukisan asal


Sbnrny lukisan ni ana dah lama siapkn,,masa tu hari2 trakhir ana kt kolej,,tp bru siap edit,,



Setelah di''edit''



Wallahu'alam..

Wednesday, May 04, 2011

Lelaki

3 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ






Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.



Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.

Srikandi,
Damsyik, Syria

* Dipetik dari novel ‘Syabab Musafir Kasih’
Karya Fatimah Syarha Mohd.

<perkongsian dr sbuah post kt facebook,,utk brsama kita menilai diri bg yang bergelar muslimin..>

Sunday, May 01, 2011

Lelaki Soleh..

5 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ

SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LELAKI SOLEH




Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram)serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.



Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya.


TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang.


Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu semua. Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS.....

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt

12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.

15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.

16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kekurangan manusia, sentiasa saling koreksi sesama saudara dan tawadhu penuh kepada Allah swt.

17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.



Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.





 ~edited by Ibn Bakr
<skadar perkongsian, dn peringatan agar muhasabah diikat d hati, trutama bg diri yg lemah ini,, maaf andai ada salah dan silap,,,sangat2 d persilakan kpd sesiapa yg nak share artikel ni>

Solat tak diterima..

0 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ



 >InsyaAllah kali ni ana nak kongsi skit artikel tentang 10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T,,mgkin ad yg da tahu tntng ni,tp insyaAllah sma2 kita brpesan kembali,kerana ssungguhnya insan itu sifatnya lupa,,dan mohon teguran dn pmbetulan andai trdapat salah dn silap,,krn diri ini mrupakan hamba yg lemah,takkan lari dari membuat kesilapan,,<

Gambar sekadar hiasan


Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)



 Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."


Gambar sekadar hiasan



Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah."


 Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."



 

Komen Terbaru