Powered by Blogger.
 

Sunday, January 29, 2012

Kisah seekor burung pipit..

2 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ

~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~














































 Ketika musim kemarau baru sahaja mula, seekor Burung Pipit mulai merasakan tubuhnya kepanasan, lalu mengeluh pada lingkungan yang dituduhnya tidak bersahabat. Dia lalu memutuskan untuk meninggalkan tempat yang sejak dahulu menjadi habitatnya, terbang jauh ke utara yang konon khabarnya, udaranya selalu dingin dan sejuk.

Benar, lama kelamaan dia merasakan kesejukan udara, makin ke utara makin sejuk, dia semakin bersemangat memacu terbangnya lebih ke utara lagi.

Terbawa oleh nafsu, dia tak merasakan sayapnya yang mulai terlekat salji, makin lama makin tebal, dan akhirnya dia jatuh ke tanah kerana tubuhnya diselaputi salji. Sampai ke tanah, salji yang menyelaputi sayapnya justeru semakin bertambah tebal. Si Burung pipit tak mampu berbuat apa apa, menyangka bahawa riwayatnya telah tamat. Dia merintih menyesali nasibnya.

Mendengar suara rintihan, seekor Kerbau yang kebetulan lalu datang menghampirinya. Namun si Burung kecewa mengapa yang datang
hanya seekor Kerbau, dia mengherdik si Kerbau agar menjauh dan mengatakan bahawa makhluk yang tolol tak mungkin mampu berbuat sesuatu untuk menolongnya. Si Kerbau tidak banyak bicara, dia hanya berdiri, kemudian kencing tepat diatas burung tersebut. Si Burung Pipit semakin marah dan memaki-maki si Kerbau. Lagi-lagi Si kerbau tidak bersuara, dia maju satu langkah lagi, dan mengeluarkan kotoran ke atas tubuh si burung. Seketika itu si Burung tidak dapat bersuara kerana tertimbun kotoran kerbau. Si Burung menjadi pasrah dan berfikir bahawa dia pasti akan mati kerana tak dapat bernafas.

Namun perlahan-lahan, dia merasakan kehangatan, salji yang membeku pada bulunya meleleh sedikit demi sedikit oleh hangatnya tahi kerbau, dia dapat bernafas lega dan melihat kembali langit yang cerah. Si Burung Pipit berteriak kegirangan, bernyanyi sepuas-puasnya.

Mendengar ada suara burung bernyanyi, seekor anak kucing menghampiri sumber suara, menghulurkan tangannya, mengais tubuh si burung dan kemudian menimang-nimang, menjilati, mengelus dan membersihkan sisa-sisa salji yang masih melekat pada bulu si burung.Setelah bulunya bersih, Si Burung bernyanyi dan menari kegirangan,dia berfikir telah mendapatkan teman yang ramah dan baik hati.

Namun apa yang terjadi kemudian, seketika itu juga dunia terasa gelap gelita bagi si Burung, dan tamatlah riwayat si Burung Pipit ditelan oleh si Kucing.
(penghargaan-hamba Allah yang kisah ini berasal daripadanya,semoga saham akhirat sentiasa mengalir



Mungkin ada sahabat yang pernah baca kisah ni,walaupun ianya mungkin hanya rekaan semata-mata, tapi bukan itu yang perlu kita ketengahkan, tetapi ibrah yang boleh kita sama-sama fikirkan dari kisah ni.

memang tak dinafikan, sudah menjadi lumrah dan kewajipan untuk kita berusaha bagi menjaga kehidupan,,sentiasa mencari-cari hatta dalam kegelapan sekalipun,asalkan dapat meneruskan perjalanan, dan seringkali juga bantuan yang tiba bukanlah sesuatu yang dijangkakan malah mungkin sesuatu yang sangat tidak berkenan di hati.Padahal dengan itulah kita mampu lagi meneruskan perjalanan.

Sedangkan kudrat yang kunjung tiba yang sangat menyenangkan,terus dinikmati dan dinikmati sehinggakan hanyut dalam buaian nafsu dan tidak disedari itulah yang akan melenyapkan nikmat yang sebenarnya.


Begitu juga keadaan kita, terkadang terlalu mengikut nafsu,sehingga kita terlupa, lalai dan leka sedangkan Allah telah pun berfirman dalam surah An-Naziat,ayat 40;

"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada keinginan hawa nafsunya"


Sebenarnya dari kisah yang ringkas ini, tersirat begitu banyak ibrah,cuma ana selitkan yang satu ini.




Dimana kita meletakkan diri kita??satu persoalan yang kita kena fikirkan..

wallahu a'lam

Wednesday, December 28, 2011

Sudut Perjuangan(karya)

0 comments

ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ

~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~





Kadang-kadang kita melihat perjuangan itu susah,
tapi dari yang susah itu timbulnya senang,
kadang-kadang kita melihatnya sebagai suatu bebanan,
tapi dari yang terbeban itu timbulnya keringanan,

kadang-kadang kita tidak sedar,
perjuangan akan sukar terlaksana,
jika hanya mencurahkan setitis usaha,
kerana perjuangan itu menuntut pengorbanan,
pengorbanan seluruh jiwa dan harta,
dan menuntut mujahadah padanya,

di situ akan terpancarnya biasan kecekalan,
pada setiap sudut yang memerlukan,
kerna perjuangan ini tidak memerlukan kita,
tapi kita yang hakikatnya memerlukannya.


~Ibnu Bakri



Monday, December 26, 2011

Malu (karya)

2 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ

~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~









Lakaran awal






setelah inking



Hasil




Malu,,
masihkah bertapak dihati?
masihkah terpancar dari diri?
masihkah sirna tidak meliputi?

malu itu sebahagian dari Iman,
mengapa masih ingin dibuangkan?
sedangkan itulah salah satu yang menghubungkan,
rasa cinta kepada-Nya, lekang tak akan.

sebagai pelindung baginya,
yang ingin menuju Rabbnya,
kerna kasih dan cinta,
dalam penuh rasa berhamba 
kepada Tuhannya..


insyaAllah sebagai renungan bersama,,wallahu ta'ala a'lam

Darah itu menjadi saksi..

0 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ

~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~

sekadar hiasan


Pertemuan dengannya sangat bermakna. Alhamdulillah Allah telah pertemukan ana dengan beliau,saat ana masih baru di perhentian musafir ini,, Abang Suhairi,,beberapa siri pertemuan dan perbualan telah membawa kami ke satu tempat.

"kalau nak,,nanti abang bawa siddiq ke sana"

Ana sangat gembira bila dengar dia nak bawa ana ke tempat tu,tempat yang ana maksudkan ialah Sik,Kedah..nak ziarah satu tempat, bekas tempat dia pernah menuntut. Walaupun hanya semalaman, dapat bersalam dengan tuan punya tempat pun sudah cukup.

Perjalanan bermula petang semalam, dengan menaiki motosikal, kami menuju ke destinasi. Dalam perjalanan, kami sekali menampal poster ijtima ulama di masjid-masjid yang kami temui,,waktu maghrib, kami singgah sebentar di Gurun untuk menunaikan solat jamak,,,
Alhamdulillah setakat ni, belum ada apa2 perkara yang tak diingini berlaku.

Perjalanan diteruskan,,setelah lama menunggang motosikal,tayar pula kebocoran, 
kawasan bahagian belakang dan hadapan kami gelap, Alhamdulillah waktu tu kami berhenti betul-betul di hadapan sebuah  bengkel. Bila sampai ke bengkel tu, baru kami sedar yang tu adalah 
bengkel kereta, Alhamdulillah orang kat bengkel tu menawarkan pertolongan untuk memanggil rakannya dari bengkel motosikal yang berdekatan.

Alhamdulillah berhenti kat situ, kalau terlebih sikit dari tempat tu atau sebelumnya, pasti kami susah untuk mendapatkan bantuan, kata Abang Suhairi..

Setelah tu, kami sambung semula perjalanan kami dan Alhamdulillah sampai juga akhirnya ke tempat yang di tuju, walaupun agak lewat sedikit, tak sempat nak ikut pengajian..

Kemudian kami berbual sebentar dan makan malam bersama beberapa penuntut kat situ,,kami difahamkan yang tuan punya tempat akan mengajar esoknya,,

Sebelum hari ni memancarkan fajarnya, ana dan abang Suhairi terus bersiap untuk solat subuh berjemaah disitu, tak sabar nak mengikuti pengajian dari tuan punya tempat. Setelah selesai solat subuh, dalam pukul 8 pagi, kami mengikuti pengajian dari tuan punya tempat, walaupun pengajian waktu tu pengajian nahu bahasa arab, Alhamdulillah banyak perkara yang ana belajar waktu tu.

Habis pengajian, akhirnya kami berkesempatan untuk berjumpa dengan Baba, sempat juga bersalaman walau tak sempat untuk berbual, abang suhairi sebenarnya rapat dengan tuan punya tempat tu. Setelah bersarapan, kami memulakan perjalanan kami untuk balik semula ke uitm arau, tak dapat nak lama, yang penting kami sempat bersua muka dengan Baba dan abang suhairi dah tunjukkan ana tempat tersebut.

Dalam perjalanan pulang ni, sekali lagi Allah uji kami, sebuah kereta secara tiba-tiba membelok ke selekoh di hadapan kami tanpa beri  ‘signal’ sebelum membelok, tak dapat nak elak, kami pun terlanggar bahagian belakang kereta tu,,ana terhumban dengan belakang ana menggelonsor atas jalan, alhamdulillan ana ada beg, kurang sikit sakit. Dia pula terhumban tapi menggelongsor secara bertiarap,,
Alhamdulillah helmet tak tercabut,dan kami pun tak cedera teruk sangat, tapi dia lagi banyak luka dari ana.
Alhamdulillah motor masih boleh hidup,

Kat klinik masa tnggu ubat, dia kata

“gembira dapat keluar darah, ni lar saksi kita dengan Allah nanti”

SubhanAllah,,Ana tersenyum faham akan apa yang dikatakannya, membuatkan ana teringat pada 
sahabat ana kat matrik dulu. Kami teruskan perjalanan sambil menampal baki poster, setelah poster yang terakhir diletakkan pada tempatnya,,

habis dah tamrin, tamrin perjalanan,,, katanya.

Ibnu Bakri
1.30 a.m, 27/12/2011


diedit oleh
IbnuBakri

Monday, November 07, 2011

SubhanAllah

1 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ

~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~

Sedikit catatan perjalanan musafir,,alhamdulillah,,pertama skali,ana nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha, khasnya kepada bonda dan ayahanda yang tercinta, serta abang, kakak dan adik yang disayangi kat kampung. Raya korban tahun ni tak dapat nak bersama.

Segala puji bagi Allah, raya korban tahun ni tak lar kosong untuk diri ana, mak angkat ajak beraya sekali ngan mereka, sekali ajak sahabat ana lagi.

Perjalanan bermula pada sabtu yang lalu, dengan menaiki kenderaan yang dipinjamkan, semoga Allah memuliakan tuan asal kenderaan tu atas kebaikannya. Sahabat ana yang pandu kereta tu.

Hari pertama raya, setelah beraya ngan keluarga angkat, kami beraya pula ke rumah sahabat perjuangan yang lain yang juga berasal dari Sabah, tapi mereka pula tinggal sementara kat rumah keluarga angkat mereka, keluarga angkat bawah satu perjuangan(asif kalo tak faham,8')..).

Petang tu pula, keluarga angkat ana bawa ana dan sahabat ana ke kampung mereka pula, Kampung Kalibu,Jitra...Masa kat sini, betuk2 membuatkan ana teringat dengan kampung nenek ana..suasana yang hampir serupa. Jumpa ngan keluarga sebelah mak angkat,,,,memang ramai,,mak teh,mak su, pak long,,dll,,,(ni ja yang sempat ana hafal,,,,,,,,)..Hari tu perut ana dan sahabat ana rasanya dah jadi macam getah,,makan banyak sangat.



Lepas tu, hari ni, pagi tadi,,bertolak pula ke rumah mak long,,,sebelah ayah angkat,,,ada kenduri korban,,tapi ana dan sahabat ana tak dapat naksertai lebih lama, jadi setelah makan sikit,,kami mnta izin untuk pulang..sangat berterima kasih ngan kuarga mak angkat,,mereka semua memang peramah.































sekitar acara korban kat rumah mak long angkat.. 


Kami tak dapat nak lama sebab kami kena ziarah rumah cikgu kami pula, lepas tu kena ambil abang2 sperjuangan balik ke UUM,,dan beberapa acara lagi yang kena buat.

Lepas bertolak dari rmh keluarga angkat td,, terus kami menuju ke rumah cikgu,,dah lama tak jumpa..cikgu kami nilebih mesra dipanggil Ayah Man,,cikgu masa matrik dulu,,alang2 kat Kedah ni, tu yang nak ziarah cikgu. Perhentian seterunsnya, juga rumah cikgu masa kat matrik dulu....

Nak di jadikan cerita...........

Kami singgah sekejap ke kedai elektronik, nak cari accessories komputer,,tapi tak jumpa benda yang di cari, jadi kami cadang nak pergi ke Changlun,,,. Dalam perjalanan tu, kereta yang kami naiki tak dapat nak hidup,terdampar di tengah lebuhraya, tapi ngam2 kat trafic light lar,,,,,kat Napoh.

Alhamdulillah,,Allah tetapkan seorang lelaki untuk bantu kami,,setelah kereta tu kami tolak ke tepi,dia pun dengan segala kudrat yang ada, dia membantu kami,,,,baiki punya baiki,,kereta tetap tak dapt hidup.

Kami pun tetapkan keputusan untuk hantar ke bengkel,,masa ni juga pertama kali ana lihat orang tolak kereta guna motosikal,,tak dapat nak bayangkan??bayangkan ja lar,ana tak ada ambil gambar.

Abang seperjuangan kata tinggalkan saja kereta kat bengkel,nnt esok baru pegi tengok,,,kami pun pegi tunggu bas. Masa tu, kami khuatir kalau bas akan lewat sampai,,nak solat kat surau kat satu restoran tu, tapi tutup pula. Kami pun cadang nak solat kat koridor restoran tu ja,restoran tu pun tutup, takda orang..

Bila selesai ana berwuduk,,segala puji bagi Allah, bas sampai. Memandangkan keadaan masa tu, kami buat keputusan untuk balik dulu ke UUM,,jadi sekarang ni ana terdampar kat UUM bersama sahabat ana ni,dia pelajar UUM,,ok sikit lar, dekat sikit dari UiTM Arau,,

Pengalaman hari ni betul2 menguji kesabaran dan keimanan. Kadang2 kita di uji sejauh mana keyakinan kita terhadap qadak dan qadar Allah. Adakah kita menerima dengan keluhan dan hati yang tidak redha, atau pun dengan senyuman dan hati yang ihklas meredhai..

wallahu a'lam

Keluarga angkat

0 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ

~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~



Kehidupan kampus betul2 menguji  tarbiyah diri,,Alhamdulillah dapat bersama dengan sahabat2 perjuangan kat sini..

Duajumaat yang lalu,,ana sertai program kampus,Operasi Khidmat Masyarakat.OPKIM,,tapi bagi ana program ni lebih kepada program anak angkat..Tujuh fakulti yang menyertai,masing2 d hantar ke 
kampung yang berlainan.

Dan fakulti ana, fakulti sains gunaan, bawah kursus teknologi marin istimewa sikit,,,kena hantar ke kampung nelayan,,orang marin lar katakan..

Bertolak dari kampus dalam pukul 2 petang, ke majlis perasmian OPKIM yang di rasmikan oleh MB Perlis..duduk sebentar dalam dewan,dengar ucapan2 org2 besar......”terima kasih kepada pihak..”,,,”kita kena berterima kasih dengan ke*aj**n...”(sempat lagi promote),,bla,bla,,,

Kami sampai ke kampung angkat kami dalam pukul 4 petang, Kampung Kuala Sungai Baru, lepas tu ada sedikit majlis dengan ahli jawatankuasa kampung, lepas tu baru kami dibahagikan kepada 
keluarga angkat masing2..



Bermula kisah..

Masa prtama kali ana lihat ayah angkat ana, beliau kelihatan seperti kurang peramah.
Ana dan sahabat ana dalam keluarga angkat yang sama,kami pergi ke rumah keluarga angkat
 dengan berjalan kaki. Petang tu kami hanya d sambut oleh ayah angkat dan anaknya, mak angkat berniaga.

Sampai kat rumah,kami d sambut oleh Tok ngan Tok wan, ramah orangnya. Lepas berkemas dalam bilik,


kami di bawa oleh ayah angkat ke tepi pantai, katanya nak bawa ke tempat mak angkat berniaga, anak bongsu ayah angkat ikut sekali.

Dalam perjalanan menaiki motosikal, subhanAllah, indah sungguh pemandangan ciptaan Allah sepanjang persisiran pantai. Smpai kat sana, tak sangka ayah angkat ana ni rupanya seorang yang sangat ramah.

 Ya Allah, betapa diri ini bersangka kurang baik.

 Kami disajikan dengan jagung bakar dan beberapa makanan laut bakar. Sedap rezeki yang Allah kurniakan.
 Petang tu, agak rancak juga perbualan kami, tak sangka rupanya ayah angkat 
ana ni merupakan pemain negara  untuk sukan bola tampar.

Hari dah nak masuk maghrib, kami pulang ke rumah. Malam tu ada ceramah tentang persatuan nelayan, balik dari ceramah tu,berbual panjang ngan mak angkat, tok dan tok wan 
sambil minum kopi..(kopi sedap, kurniaan Allah). 

Petang sebelum tu,ana perasan yang tok wan sakit badan, mungkin masuk angin,, 
jadi malam tu ana tawarkan diri untuk urut tok wan. Pagi esoknya, setelah sarapan dll,,tok bagitahu ana,
yang  tok wan tak seperti kebiasannya pada waktu malam semalam,,
tok wan kurang batuk dan lebih nyenyak tidur(kot, ana da lupa camna ayat yg tok ckp). Tok wan 
sendiri kata dia rasa cergas(lebih kurang gini lar ayat yang tok wan cakap) lepas ana urut,,
Alhamdulillah tu semua dari Allah, mana lar ana punya daya.

Pagi sabtu tu, program kat sekolah kebangsaan, gotong-royong. Banyak pokok 
di tumbangkan(macam tak betul ayat ni). Masa tu buat keja sampai kotor baju dengan getah pokok, ana teringat kata cikgu ana satu ketika dulu masa sekolah 
menengah(tak perlu lar ana cerita, nanti habis plak dakwat nak taip ni,,eh)..

Habis gotong royong, rehat kejap..ayah angkat dan mak angkat bawa ana dan sahabat ana 
makan tengah hari kt pulau batu layang,,tapi hari tu keadaan kurang mengizinkan,jadi kami hanya makan dalam bot, di tepi pulau batu layang..lepas tu panjat batu kat pulau tu kejap.. 



subhanAllah, pemandangan masa kat atas batu tu sangat indah. 

Sebelah petang tu sepatutnya ada ceramah(lagi),,tapi batal,,jadi aktiviti bersama keluarga angkat di teruskan.
Sebelah petang selepas asar pula ada sukaneka,,tengok kanak2 riang ria bermain,,





alangkah indahnya jika mampu riang setelah di 'sana'...

malamnya ada jamuan, jamuan perpisahan kot..balik dari jamuan, ana urut tok wan sambil tengok perlawanan bola sepak...

keesokkanya, sepatutnya ada aktiviti tapi batal,,ana dan sahabat ana jalan2 ronda tepi pantai bersama mak angkat,,lepas tu kami dengan sahabat2 yang lain jalan2 ronda kampung, sawah, pantai...kami semua pegi pulau batu layang.









Petang tu balik semula ke kampus.

Habis cerita.(asif,,tergantung plak)












Beberapa gambar yang kami sempat rakamkan,,sikit ja lar,,ana tak upload suma..8')














Mungkin agak pendek apa yang ana ceritakn kat sini, tapi kenangan yang dirakam sangat banyak lagi berharga bagi ana, banyak pengajaran dari perjalanan kali ni,, tambahan lagi mak angkat yang menawarkan tempat untuk beraya,,, sekian


-Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha-


wallahu a'lam
~
 

Komen Terbaru