Powered by Blogger.
 

Sunday, May 01, 2011

Lelaki Soleh..

5 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ

SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LELAKI SOLEH




Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram)serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.



Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya.


TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang.


Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu semua. Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS.....

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt

12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.

15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.

16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kekurangan manusia, sentiasa saling koreksi sesama saudara dan tawadhu penuh kepada Allah swt.

17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.



Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.





 ~edited by Ibn Bakr
<skadar perkongsian, dn peringatan agar muhasabah diikat d hati, trutama bg diri yg lemah ini,, maaf andai ada salah dan silap,,,sangat2 d persilakan kpd sesiapa yg nak share artikel ni>

Solat tak diterima..

0 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ



 >InsyaAllah kali ni ana nak kongsi skit artikel tentang 10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T,,mgkin ad yg da tahu tntng ni,tp insyaAllah sma2 kita brpesan kembali,kerana ssungguhnya insan itu sifatnya lupa,,dan mohon teguran dn pmbetulan andai trdapat salah dn silap,,krn diri ini mrupakan hamba yg lemah,takkan lari dari membuat kesilapan,,<

Gambar sekadar hiasan


Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)



 Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."


Gambar sekadar hiasan



Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah."


 Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."



Friday, April 29, 2011

hari ni,,

2 comments

Bismillahirrahmanirrahim,,
Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh,,


Hari ni cuma nk cita skit ,,maghrib dn isyak td ana gi solat kt surau brdekatan rmh kakak ana(insyaAllah mnggu dpan blik kmpung),,alhamdulillah ad jemaah solat wlaupun skit,,jemaah solat Isyak lebih rmai skit drpd jemaah maghrib,tp kebanyaknny adlah dr golongn knak2 dn rmaja,,


xpa lar,,asalkn ad jemaah,,lepas solat isyak,,suma jemaah saling berjemaah,,tp ana trnmpak bbrp org kt koridor surau yg agkny ana xnmpak tym bersalamn td,,mgkn mereka kluar awal,,lpas slesai suma ap yg ptut,ana pun matikn suma lmpu,,


ana masi lihat kumpulan remaja td kt tangga kt luar,,trdetik jgk hati ana kalo mereka nk bwat yg bukan2 tp suma tu dr madah nafsu yg d pngaruhi syaitan,,ana berusaha mnolak fkiran bruk dlm otak ana,,kita sbg muslim d ajar untuk ber''husnuzon'' yakni bersangka baik,,


smakin dkat ana ngn pntu kluar,smakin ana dgr lagu yg mereka pasangkn kuat,,,"ap yg mereka kmpul rmai2 kt tngga ni?",,lbih kurg bisik hati ana,,

ana ad trdengar sblum tu yg dorg ni mcm nk tdo kt surau tu,,ana masi cba utk brsangka baik,,ana lihat dorg brkmpul kt tngga ni,harap dorg bukan melepak,,,


ana truskan langkah mlalui tngga tu,,astaghfirullah,sbhgian mrka tgh merokok..Apa yg sdikit mngejutkn ana,ad sorg yg ana rsa blum cpai thap remaja,bersalamn ngn ana lepas solat td,mnis mukany,,tp rokok kt tangan, ana harap mgkn dy just pegang bnda tu,,


surau tu pn seperti jarang d gunakan,,harap x d jdkn sbg tmpat melepak..Sempat jgk ana sapa dorg sblum brlalu dr situ,,harap sapaan tu dpt membiasakn diri mereka ngn ana..


Ana masi brharap ap yg ana lihat bukan lar gejala lepak,,ana hany mampu brdoa memohon kpd Allah agr di buka hati mrka dn d kurniakn taufiq dn hidayah dr Allah,,,






Bila d fkirkn balik,, dri ini pun apa kurangnya,,

Ya Allah yang membolak-balikkan hati,
tetapkanlah hati ini dalam agama-Mu,
dan ketaatan pada-Mu,,


InsyaAllah sma2 kita ambil iktibar,,bukanlah peringatan ini melainkan utk diri ini khususny dn insyaAllah utk kita semua,,

wallahu'alam..

Tuesday, April 26, 2011

Tatkala Fajar..

0 comments


Saat ku membuka hijab fana,
segala puji dan kesyukuran ku rafakkan kepada-Mu ya Rab,
ku saksikan alam sekeliling yang penuh keindahan,
yang tak henti memanjatkan tasbih kepada-Mu,


betapa hinanya diri ini ya Rab,
tatkala alam mempersembah berjuta zikir pada-Mu,
aku masih alpa dengan nikmat dunia,
masih kaku dan hanyut dibuai badai kesenangan,


betapa tidak ada daya dan upaya melainkan Engkau ya Ilahi,
betapa tidak akan wujud segala melainkan izin dari-Mu,
betapa tidak akan musnah segala melainkan perkenan-Mu,
siapalah diri ini untuk berbangga dengan yang bukan hak pada diri,


sayup kedengaran ajakan ibadah,
memecah kehanyutan dalam mimpi,
ku pohon kuatkan diri ini untuk terus istiqamah ya Rab,
dalam menjalankan setiap perintah-Mu,
yang takkan boleh disangkal Haknya kepunyaan-Mu..

...



Sahabat(karya)

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim,,
Assalamu'alaikum,

Alhamdulillahirabbil'alamin washsholatu wassalamu 'alan nabiy Muhammad Rasulullah S.A.W wa 'ala alihi wa sohbihi wasallam,,

kali ni karya yang ana tujukan khas buat insan yang bergelar sahabat,,bersempena jga sesi pra universiti yg telah tamat meninggalkan sejuta kenanga,,walau setahun bersam,tetapi sehayat terasa,,


yang ni versi untuk buletin terbitan Sahabat Al-'Irfaan,Kolej Matrikulasi Labuan



yang ni ana wrnakan,,


bersama kita hayati..insyaAllah

Karya

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim,,

Assalamu'alaikum..
segala puji bg Allah yang Maha Tinggi lag Maha Terpuji yang tidak ada daya dan upaya melainkan-Nya,
selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad,Rasulullah S.A.W,para ahli keluarga dan sahabat Baginda,,

Alhamdulillah sy da temukan slah satu cara utk saya publishkn karya,,sbnrny sy suka melukis,,
untuk kali ni,saya da tetapkan ruang untuk karya saya,,pakcik ana pernah ckp,,"jgn hanya gantung kat tndas"(dlm bhsa inggeris),,abg kta sbnrny dy mksudkn jgn biarkn d smpan sj,,abg sruh publish,,

trfikir jgk, bnda ni pn insyaAllah sbg pringatan,trutamany untuk dri ana sndiri,,insyaAllah ni slah stu jln menympaikan,,

kepada pengunjung,lawat2 lar galeri sy,,mgkn ad yang nk sy sumbangkn kt syrikat ka,,B')

ni salah satu karya dlm galeri,,tgok kt "Galeri"


untuk kali ni ringkas sj post ni,,kalo nk di ikuti sjrah hdup,,sy mula brminat untuk mempelajari seni lukis ialah ketika menonton animasi Dragon Ball tym masi bersekolah rendah,,

satu ketika,sy g beli CD dragon ball,pastu tgok kt cover dy,,menarik hati untuk tiru,,pastu,,kerja saya hany tiru lukisan kartun,,

alhamdulillah,selang beberapa waktu,,akhirnya dpt buat sendiri ,,terdedah ngn byk animasi,,sy ni dlu suka sgt tgok kartun,,

shinggakn dlm sekolah menengah masi lg suka,,trutama anime(kartun jepun),,dr animasi dan komik,hmpir sy kuasai suma(xlar byk pn),,komik malaysia pn xkurg hebatny,,

d sambung cerita,akhirny dpt bwat karaktr sndiri,,

mgkn tu sj yg dapat saya kongsi dlm prjalanan mngharungi hidup ini..wallahualam..

jmpa lagi dlm ruangan ini insyaAllah.. 
 

Komen Terbaru