Powered by Blogger.
 

Saturday, July 30, 2011

Lagi satu catatan.

1 comments


ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ

~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~



Hari ni, pengalaman baru telah bertandang dalam diari perjalanan penulis,, 

Seperti biasa setelah subuh dan munculnya sinar sang mentari,penulis menyapa haiwan peliharaan kakak penulis dan suaminya,,Encik Kura dan Si Putih serta Si Jaguh,,abang ipar penulis ni memang suka dengan haiwan peliharaan mereka ni,, 


Encik Kura yang besar,,ada 
lagi satu yang lebih kecil 
ni Si Putih dan Si Jaguh



Kadang-kadang tu terfikir juga masa beri haiwan-haiwan ni makan,,tentang alam,, Maha Suci Allah menciptakan makhluk-makhluk-Nya dari pelbagai jenis. Tiada keraguan lagi,telah jelas bukti-bukti kebesaran,keagungan dan kekuasaan dan segala sifat Allah pada alam ini.. 


La ilaha illAllah,,subhanAllah,,Alhamdulillah,,Allahu akbar,,la haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim 


“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu kerana mereka akan masuk neraka.” -38(Sad):27 


“dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan?”-51(adz-Dzariyat):21 



Balik kepada perkongsian catatan perjalanan penulis,,hari ni penulis kena jaga anak buah penulis yang baru berumur lebih kurang dua bulan lebih(!)..ya Allah,,sedikit rasa kecut perut juga lar masa kena suruh tu,,bukan apa,sebab kakak penulis dan suaminya ada urusan penting(kira kecemasan lar),,abang penulis yang satu lagi pun ada urusan penting yang kena dihadiri..jadi penulis seorang lar yang kena jaga,tapi harap takda yang salah tafsir ngan tulisan penulis kali ni.. 


Tak juga penulis rasa bimbang sebab kakak penulis dah mandikan anak buah penulis ni sebelum bertolak,,lagipun sebelum ni pun penulis bersama abang penulis pernah menjaga anak buah kami ni,cuma kali ni penulis berseorangan,, 


urusan kakak penulis tak lar lama sangat dan segala puji bagi Allah,tiada perkara yang tidak diingini berlaku..

apa pun, pengalaman menjaga anak buah ni banyak menimbulkan persoalan yang menanti jawapan yang pasti mengujakan hati dan mengembalikan lagi buah fikiran serta titipan rohani dan melahirkan pula yang baru,, 

insyaAllah sebagai muhasabah dalam kelana mencari Cinta-Nya...


anak saudara penulis,,Muhammad Akmal Arif



wallahu a'lam

Friday, July 22, 2011

Kifarat Dosa

2 comments

ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ








Gambar sekadar
hiasan










Sinar itu menyilaukan mata,

Tanpa disedari sampai ke lembaran kitab,

terasa semakin tenang melihat kalimah indah penuh makna,

Diakhiri dengan munajat hati dan doa,

lalu diangkat menuju ke hamparan tersusun rapi,

sedikit rebah ke takhta sujud,

adakah kerana sengkang mata yang lama??

tidak,,itu bukan satu alasan,

tangan menggapai ke muka sampai ke dahi,

Terasa suam bagi empunya diri,

terdengar hentakan kaki melangkah laju menuju diri,

satu sentuhan tenang dan penuh kasih hinggap di dahi,

terus memapa diri ke tempat rehat,

membenarkan sakit yang terpahat,,




Betapa untungnya diri itu..





Ya Allah,, rasanya sudah lama ku dalam sihat kelalaian,,
Ampuni dosaku Ya Rabb..

Monday, June 27, 2011

Aku munafik..

1 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ


~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~



"eh,,bunyi apa tu??"


"kalau aku dapat jadi macam dia.."


"macam ada orang dalam bilik lar"


"eh,,apa tu??"


"alamak,,bunyi tu makin kuat la.."


"alahai,,menyesal tak ikut tadi.."







Mungkin ini yang terlintas dalam fikiran kita saat tinggal bersendirian di rumah,,menunggu mak ayah yang pergi menziarah ke rumah kawan, atau pun majlis pernikahan, atau pun satu keluarga pergi majlis kenduri kat jiran tapi kita yang taknak ikut..apa2 ja lar,,situasinya kita bersendirian..

ana bukan nak cerita seram cuma sedikit nak kita masing2 muhasabah diri, terutamanya diri ana ni,,perlu sangat2 muhasabah, koreksi diri,, teringat kisah seorang sahabat Rasulullah S.A.W,,ana lupa nama sahabat tersebut,mgkin kalau ada sahabat blogger yg tahu boleh nyatakn lah,,

Kisahnya bermula bila sahabat Baginda ni menjenguk ke luar jendela memerhatikan tanah kebunnya dan ternakannya,,tiba-tiba lamunannya terhenti,beliau menangis dan terus keluar untuk bertemu dengan Rasulullah S.A.W,,

dalam perjalannya,dia terserempak dengan Saidina Abu Bakar,,Saidina Abu Bakar bertanyakn kepadanya ke mana dia hendak pergi?sahabat tersebut menjawab yang dia hendak berjumpa Rasulullah,,lalu Saidina Abu Bakar bertanyakan sebab dia hendak berjumpa dengan Rasulullah S.A.W,,

dia berkata,"aku munafik,,saat aku mendengar ceramah tentang azab neraka dari Baginda aku betul2 merasainya dalam jiwa ku,,tapi setelah aku pulang kerumah,aku disibukkan dengan urusan tanah dan ternakanku sehingga aku lupakan apa yang Baginda katakan",,lalu Saidina Abu Bakar pun turut berkata kalau yang sedemikian,dia jugaadalah munafik,,

Maka mereka pun bersama2 pergi ke rumsh Rasulullah S.A.W untuk berjumpa Baginda,,setelah berjumpa dengan Baginda,mereka pun mengajukan pertanyaan mereka,,

apa yang Baginda jawab?

"..assa'ah was sa'ah.."

"...ada masanya(untuk dunia) ada masanya(untuk akhirat)..."

kisah yang ana catatkn berdasarkan apa yang ana ingat, mohon pembetulan andai ada yang salah,,tapi main point yang ana nak sampaikan masih dalam kisah tersebut,,

kalau difikirkan iman para sahabat, memang masih jauh lagi perjalanan kita untuk menyamai ataupun mendekati tahap iman mereka. Baginda bersabda ada masa untuk dunia dan ada masa untuk akhirat,,ada masanya untuk dunia bukanlah bermaksud ada masa untuk kita melakukan perkara yang lagha,,

bukannya bermaksud adanya masa untuk kita berangan-angan, tapi  sebaliknya melakukan perkara yang sepatutnya kita lakukan di dunia ini berdasarkan apa yang telah di pertanggungjawabkan; ibadah,khilafah, imarah..dengan berlandaskan Islam, tanpa melanggar batasan yang telah ditetapkan syarak..

balik kepada situasi yang ana timbulkan di atas,,apakah yang kita lakukan saat kita bersendirian?apa yang terlintas di kotak pemikiran kita saat kita bersaendirian?

Ya Allah,,betapa diri ini selalu lalai dalam mengingati-Mu,,

Saat kita bersendirian, di situ kita kena kuatkan diri, bertegas dengan diri, kuasai diri, pegang pada mujahadah,,bak kata Saidina Ali KaramAllahu Wajhah;

"Susah sekali melakukan kebaikan pada empat tempat: – Memberi maaf ketika marah.– Bersedekah ketika kesempitan.– Menjauhi perkara haram ketika seorang diri. – Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong."

Ingat,,kita bukan bersendirian,,

tidakkah kita malu tatkala membuat maksiat saat pada zahirnya kita bersendirian,
padahal ada malaikat melihat kita??

Tidakkah kita malu tatkala membuat maksiat,sedangkan 
Allah takkan lepas pengetahuan-Nya pada kita??


Ya Allah,,ampunilah hamba-Mu..
kuatkanlah diri ini dalam mujahadahku melawan nafsu..
Cinta-Mu ku dambakan ya Rabbi..
bawalah ku mengenali-Mu..


Tidaklah ana sampaikan ini melainkan khusus untuk diri ana dan insyaAllah untuk sama2 kita bermuhasabah.
Segala yang baik itu datang dari Allah, dan yang kurang itu juga dari Allah,,tetapi di sandarkan pada kelemahan diri ini untuk sama2 kita menyedari betapa kita tiada daya..

La haula wala quwwata illa billah..

wallahu 'alam

Thursday, June 23, 2011

Kenapa tak bagitahu?

6 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ



~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~



Alhamdulillah baru selesai membaca beberapa entry sahabat2 blog,,banyak rupanya yang ana da terlepas untuk beberapa hari ni,,ana kebelakangan ni agak sibuk, tak dapat nak selalu online. Kali ni pun cuma nak kongsi sedikit pengalaman usrah bersama-sama adik-adik ahli usrah kat SMK Tebobon, kat area Menggatal, Sabah ni.


Sebenarnya usrah ni dikendalikan oleh alumni PERPPIS SMK Tebobon dan beberapa naqib dari PSS,,tapi pada suatu hari sahabat ana yang kendalikan usrah ni mengajak ana untuk tolong kendalikan bersama. Jadi,ana pun terima sebab ana sendiri sedang berada dalam kelana mencari ilmu.


Ana da join usrah ni sejak dua atau tiga minggu yang lalu,,dan untuk minggu ni,sahabat ana merencanakan sesuatu yang agak berlainan untuk adik-adik usrah.


Satu slot meraikan hari kelahiran salah seorang adik usrah diadakan. Tapi acara ni sudah tentu dirahsiakan daripada semua adik usrah. Perkara ni pun sebenarnya pernah dilakukan terhadap sahabat ana ni oleh naqib kami dulu, jd nak bagi diorang rasa pula.


Masa nak mengakhiri usrah tu,,kami buat sedikit slot muhasabah dan semua ahli usrah diminta untuk menutup mata masing-masing. Masa sesi muhasabah tu berjalan,,rakan naqib yang lain menyediakan kek dan sedikit hidangan ringkas di hadapan mereka.


Kemudian sahabat ana pun menyuruh adik usrah yang dirai tu untuk berdiri,,berkata kepadanya kenapa dia tidak memberitahu para nuqaba tentang satu perkara(lebih kurang macam tajuk kat atas,,8'),,),,rupa-rupanya perkara yang dimaksudkan sahabat ana ni ialah hari lahirnya.


Kemudian semua diminta untuk membuka mata masing-masing dan alangkah terkejutnya dan terharu mereka melihat kek hari lahir untuk adik ni.,,yang menangis segera mengelap air mata,,dan semua mengukir senyuman mengeratkan lagi ukhwah yang sedia terjalin.SubhanAllah


Adik yang kat tengah tu yang sedang diraikan

Gelagat adik-adik usrah
 Sahabat ana bersama adik-adik usrah

 Adik yang masih terkesan dengan slot muhasabah


Dengan izin Allah hanya ni ja untuk kali ni,,insyaAllah bila ada ruang dan peluang,kita sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman. Bersama kita membina kembali generasi taqwa.

Wallahu 'alam


Saturday, June 18, 2011

Pelajarku

2 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ


~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~






Alhamdulillah baru pulang dari tempat kerja,,sebenarnya ana sedang bercuti menunggu sesi pengajian yang akan datang insyaAllah dalam bulan 9 nanti, jadi ana tidak mahu biarkan cuti ni terus berlalu tanpa ana menggunakannya dengan sebaiknya. Alhamdulillah cuti ni, ana dapat bekerja di sebuah pusat tuisyen di samping menjelajah di Bumi Allah ini bersama sahabat2 untuk menimbah ilmu, berkongsi ilmu, dan sebagainya.(macam buat karangan plak kn) 






Untuk hari ni, ana cuma mengajar seorang pelajar tingkatan 3. Sebenarnya sebelum ni, ana hanya bekerja pada waktu malam, tapi untuk kelas petang ni, ana baru diamanahkan beberapa hari yang lalu. 


Sebenarnya apa yang ana nak kongsikan petang ni adalah berkenaan pelajar tersebut. Ana betul2 kagum dengan pelajar ni dan ibu bapanya. 


seorang pelajar yang tinggal di asram sudah tentu sepanjang masa hanya berada di asrama dan sekolah setiap hari melainkan pada hari cuti setiap minggu dan hari cuti yang lain di mana mereka mungkin akan outing(keluar bandar) mahupun balik bermalam di rumah. Ini hanya sedikit yang ana dapat ringaskan tentang kehidupan di asrama sekolah. 


Balik kepada cerita pelajar tadi, ayah kepada pelajar ni sedar yang anaknya agak lemah dalam subjek tertentu,,berdasarkan apa yang ana telah dimaklumkan. Jadi beliau pun menghantar anaknya untuk bertuisyen kat pusat tuisyen di mana ana bekerja setiap minggu. 


Bayangkan,,pelajar ni tinggal kat asrama, dan tuisyen kat sini setiap minggu pada hari sabtu dan ahad, dan jarak sekolah pelajar ni dan pusat tuisyen ni bukannya dekat malah jauh. 


Ayah pelajar ni mengambil anaknya dari sekolah pada hari sabtu untuk dihantar ke pusat tuisyen, kemudian pelajat tu akan bermalam di rumah dan esoknya pula pergi lagi ke tuisyen untuk subjek yang lain dan lepas kelas, balik semula ke asrama. Semua ini dilakukan setiap minggu sehingga pelajar ini menghadapi PMR insyaAllah. 


Lihatlah betapa pengorbanan dan sayang si ayah untuk anaknya, dan kepatuhan serta ketaatan si anak pada ayahnya yang sanggup berulang alik dari asrama ke pusat tuisyen demi memperkasa ilmu di dada.

SubhanAllah..

"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

wallahu 'alam



Thursday, June 16, 2011

Kuatkan hamba-Mu ya Allah

1 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ


~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~









Kadang mata berkaca mengingatkan perkara itu,memang tak dapat kalau nak aku luahkan dengan semahuku, hanya bergerak dalam langkah satu-persatu, sebab bimbang nanti yang terdekat sedar dan tahu,..

memang kuat tekad di hatiku ingin memperjuangkannya, tapi acapkali juga alpa dan lalai. Walaupun kadang tak dapat melaksanakannya, tapi aku berusaha juga walaupun hanya sedikit yang dapat aku sumbangkan,,

kerana perjuangan ini inginku jaga, aku tidak  mahu sinarnya makin malap dalam kehidupan insan, walaupun hakikatnya adalah terang lagi menyuluh segenap penjuru.

Hampir saja aku tak bertahan, mahu saja diluahkan,,tapi aku tetap biarkannya sirr kerana belum tiba waktunya..kerana aku tidak mahu tindakan berpaksikan nafsu akan menjatuhkan aku dalam medanku disini, dimana zahirnya aku keseorangan,tapi hakikatnya tidak,,dan aku berdoa ianya terus begitu,kerana tiada daya dan kekuatan melainkan-Nya..

Cita-cita dihati,hendakku menempa sebilah pedang, masih belum siap penyempurnaannya,,sebagai persediaan dan kelengkapan untuk menyahut seruan yang bakal tiba,walaupun tak kunjung tiba pada hayatku,akan ku turunkan kepada keturunanku kelak andai diizinkan Allah,,

kerana aku yakin, seruan itu akan tiba,dan pedang itu satu keperluan,walaupun bukan masanya pada aku untuk menggunakannya sepenuhnya,tapi dengan izin Allah masanya pada yang akan datang,,

Aku berdoa semoga pedang ini bukan sahaja ada padaku,malah turut ada pada saudara-saudaraku..tapi ku tahu, mereka pun mempunyainya,, ku berharap ku mampu dan kuat memegangnya,,serta menyimpannya walaupun terpaksa ku sembunyikan dalam pakaianku sekalipun..

 Ya Allah,,memang perjalanan perjuangan ini takkan mudah, hamba mengakuinya,,ampunilah segala dosa-dosa kami, teguhkanlah hati kami, terangkanlah mata kami, kurniakanlah kami pertolongan-Mu, rahmatilah kami dengan kasih-Mu,,pandanglah kami ya Allah,walau sekadar jelingan,,kurniakanlah kami keredhaan-Mu ya Allah...

wallahu a'lam
 

Komen Terbaru