Powered by Blogger.
 

Monday, June 27, 2011

Aku munafik..

1 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ


~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~



"eh,,bunyi apa tu??"


"kalau aku dapat jadi macam dia.."


"macam ada orang dalam bilik lar"


"eh,,apa tu??"


"alamak,,bunyi tu makin kuat la.."


"alahai,,menyesal tak ikut tadi.."







Mungkin ini yang terlintas dalam fikiran kita saat tinggal bersendirian di rumah,,menunggu mak ayah yang pergi menziarah ke rumah kawan, atau pun majlis pernikahan, atau pun satu keluarga pergi majlis kenduri kat jiran tapi kita yang taknak ikut..apa2 ja lar,,situasinya kita bersendirian..

ana bukan nak cerita seram cuma sedikit nak kita masing2 muhasabah diri, terutamanya diri ana ni,,perlu sangat2 muhasabah, koreksi diri,, teringat kisah seorang sahabat Rasulullah S.A.W,,ana lupa nama sahabat tersebut,mgkin kalau ada sahabat blogger yg tahu boleh nyatakn lah,,

Kisahnya bermula bila sahabat Baginda ni menjenguk ke luar jendela memerhatikan tanah kebunnya dan ternakannya,,tiba-tiba lamunannya terhenti,beliau menangis dan terus keluar untuk bertemu dengan Rasulullah S.A.W,,

dalam perjalannya,dia terserempak dengan Saidina Abu Bakar,,Saidina Abu Bakar bertanyakn kepadanya ke mana dia hendak pergi?sahabat tersebut menjawab yang dia hendak berjumpa Rasulullah,,lalu Saidina Abu Bakar bertanyakan sebab dia hendak berjumpa dengan Rasulullah S.A.W,,

dia berkata,"aku munafik,,saat aku mendengar ceramah tentang azab neraka dari Baginda aku betul2 merasainya dalam jiwa ku,,tapi setelah aku pulang kerumah,aku disibukkan dengan urusan tanah dan ternakanku sehingga aku lupakan apa yang Baginda katakan",,lalu Saidina Abu Bakar pun turut berkata kalau yang sedemikian,dia jugaadalah munafik,,

Maka mereka pun bersama2 pergi ke rumsh Rasulullah S.A.W untuk berjumpa Baginda,,setelah berjumpa dengan Baginda,mereka pun mengajukan pertanyaan mereka,,

apa yang Baginda jawab?

"..assa'ah was sa'ah.."

"...ada masanya(untuk dunia) ada masanya(untuk akhirat)..."

kisah yang ana catatkn berdasarkan apa yang ana ingat, mohon pembetulan andai ada yang salah,,tapi main point yang ana nak sampaikan masih dalam kisah tersebut,,

kalau difikirkan iman para sahabat, memang masih jauh lagi perjalanan kita untuk menyamai ataupun mendekati tahap iman mereka. Baginda bersabda ada masa untuk dunia dan ada masa untuk akhirat,,ada masanya untuk dunia bukanlah bermaksud ada masa untuk kita melakukan perkara yang lagha,,

bukannya bermaksud adanya masa untuk kita berangan-angan, tapi  sebaliknya melakukan perkara yang sepatutnya kita lakukan di dunia ini berdasarkan apa yang telah di pertanggungjawabkan; ibadah,khilafah, imarah..dengan berlandaskan Islam, tanpa melanggar batasan yang telah ditetapkan syarak..

balik kepada situasi yang ana timbulkan di atas,,apakah yang kita lakukan saat kita bersendirian?apa yang terlintas di kotak pemikiran kita saat kita bersaendirian?

Ya Allah,,betapa diri ini selalu lalai dalam mengingati-Mu,,

Saat kita bersendirian, di situ kita kena kuatkan diri, bertegas dengan diri, kuasai diri, pegang pada mujahadah,,bak kata Saidina Ali KaramAllahu Wajhah;

"Susah sekali melakukan kebaikan pada empat tempat: – Memberi maaf ketika marah.– Bersedekah ketika kesempitan.– Menjauhi perkara haram ketika seorang diri. – Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong."

Ingat,,kita bukan bersendirian,,

tidakkah kita malu tatkala membuat maksiat saat pada zahirnya kita bersendirian,
padahal ada malaikat melihat kita??

Tidakkah kita malu tatkala membuat maksiat,sedangkan 
Allah takkan lepas pengetahuan-Nya pada kita??


Ya Allah,,ampunilah hamba-Mu..
kuatkanlah diri ini dalam mujahadahku melawan nafsu..
Cinta-Mu ku dambakan ya Rabbi..
bawalah ku mengenali-Mu..


Tidaklah ana sampaikan ini melainkan khusus untuk diri ana dan insyaAllah untuk sama2 kita bermuhasabah.
Segala yang baik itu datang dari Allah, dan yang kurang itu juga dari Allah,,tetapi di sandarkan pada kelemahan diri ini untuk sama2 kita menyedari betapa kita tiada daya..

La haula wala quwwata illa billah..

wallahu 'alam

Thursday, June 23, 2011

Kenapa tak bagitahu?

6 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ



~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~



Alhamdulillah baru selesai membaca beberapa entry sahabat2 blog,,banyak rupanya yang ana da terlepas untuk beberapa hari ni,,ana kebelakangan ni agak sibuk, tak dapat nak selalu online. Kali ni pun cuma nak kongsi sedikit pengalaman usrah bersama-sama adik-adik ahli usrah kat SMK Tebobon, kat area Menggatal, Sabah ni.


Sebenarnya usrah ni dikendalikan oleh alumni PERPPIS SMK Tebobon dan beberapa naqib dari PSS,,tapi pada suatu hari sahabat ana yang kendalikan usrah ni mengajak ana untuk tolong kendalikan bersama. Jadi,ana pun terima sebab ana sendiri sedang berada dalam kelana mencari ilmu.


Ana da join usrah ni sejak dua atau tiga minggu yang lalu,,dan untuk minggu ni,sahabat ana merencanakan sesuatu yang agak berlainan untuk adik-adik usrah.


Satu slot meraikan hari kelahiran salah seorang adik usrah diadakan. Tapi acara ni sudah tentu dirahsiakan daripada semua adik usrah. Perkara ni pun sebenarnya pernah dilakukan terhadap sahabat ana ni oleh naqib kami dulu, jd nak bagi diorang rasa pula.


Masa nak mengakhiri usrah tu,,kami buat sedikit slot muhasabah dan semua ahli usrah diminta untuk menutup mata masing-masing. Masa sesi muhasabah tu berjalan,,rakan naqib yang lain menyediakan kek dan sedikit hidangan ringkas di hadapan mereka.


Kemudian sahabat ana pun menyuruh adik usrah yang dirai tu untuk berdiri,,berkata kepadanya kenapa dia tidak memberitahu para nuqaba tentang satu perkara(lebih kurang macam tajuk kat atas,,8'),,),,rupa-rupanya perkara yang dimaksudkan sahabat ana ni ialah hari lahirnya.


Kemudian semua diminta untuk membuka mata masing-masing dan alangkah terkejutnya dan terharu mereka melihat kek hari lahir untuk adik ni.,,yang menangis segera mengelap air mata,,dan semua mengukir senyuman mengeratkan lagi ukhwah yang sedia terjalin.SubhanAllah


Adik yang kat tengah tu yang sedang diraikan

Gelagat adik-adik usrah
 Sahabat ana bersama adik-adik usrah

 Adik yang masih terkesan dengan slot muhasabah


Dengan izin Allah hanya ni ja untuk kali ni,,insyaAllah bila ada ruang dan peluang,kita sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman. Bersama kita membina kembali generasi taqwa.

Wallahu 'alam


Saturday, June 18, 2011

Pelajarku

2 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ


~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~






Alhamdulillah baru pulang dari tempat kerja,,sebenarnya ana sedang bercuti menunggu sesi pengajian yang akan datang insyaAllah dalam bulan 9 nanti, jadi ana tidak mahu biarkan cuti ni terus berlalu tanpa ana menggunakannya dengan sebaiknya. Alhamdulillah cuti ni, ana dapat bekerja di sebuah pusat tuisyen di samping menjelajah di Bumi Allah ini bersama sahabat2 untuk menimbah ilmu, berkongsi ilmu, dan sebagainya.(macam buat karangan plak kn) 






Untuk hari ni, ana cuma mengajar seorang pelajar tingkatan 3. Sebenarnya sebelum ni, ana hanya bekerja pada waktu malam, tapi untuk kelas petang ni, ana baru diamanahkan beberapa hari yang lalu. 


Sebenarnya apa yang ana nak kongsikan petang ni adalah berkenaan pelajar tersebut. Ana betul2 kagum dengan pelajar ni dan ibu bapanya. 


seorang pelajar yang tinggal di asram sudah tentu sepanjang masa hanya berada di asrama dan sekolah setiap hari melainkan pada hari cuti setiap minggu dan hari cuti yang lain di mana mereka mungkin akan outing(keluar bandar) mahupun balik bermalam di rumah. Ini hanya sedikit yang ana dapat ringaskan tentang kehidupan di asrama sekolah. 


Balik kepada cerita pelajar tadi, ayah kepada pelajar ni sedar yang anaknya agak lemah dalam subjek tertentu,,berdasarkan apa yang ana telah dimaklumkan. Jadi beliau pun menghantar anaknya untuk bertuisyen kat pusat tuisyen di mana ana bekerja setiap minggu. 


Bayangkan,,pelajar ni tinggal kat asrama, dan tuisyen kat sini setiap minggu pada hari sabtu dan ahad, dan jarak sekolah pelajar ni dan pusat tuisyen ni bukannya dekat malah jauh. 


Ayah pelajar ni mengambil anaknya dari sekolah pada hari sabtu untuk dihantar ke pusat tuisyen, kemudian pelajat tu akan bermalam di rumah dan esoknya pula pergi lagi ke tuisyen untuk subjek yang lain dan lepas kelas, balik semula ke asrama. Semua ini dilakukan setiap minggu sehingga pelajar ini menghadapi PMR insyaAllah. 


Lihatlah betapa pengorbanan dan sayang si ayah untuk anaknya, dan kepatuhan serta ketaatan si anak pada ayahnya yang sanggup berulang alik dari asrama ke pusat tuisyen demi memperkasa ilmu di dada.

SubhanAllah..

"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

wallahu 'alam



Thursday, June 16, 2011

Kuatkan hamba-Mu ya Allah

1 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ


~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~









Kadang mata berkaca mengingatkan perkara itu,memang tak dapat kalau nak aku luahkan dengan semahuku, hanya bergerak dalam langkah satu-persatu, sebab bimbang nanti yang terdekat sedar dan tahu,..

memang kuat tekad di hatiku ingin memperjuangkannya, tapi acapkali juga alpa dan lalai. Walaupun kadang tak dapat melaksanakannya, tapi aku berusaha juga walaupun hanya sedikit yang dapat aku sumbangkan,,

kerana perjuangan ini inginku jaga, aku tidak  mahu sinarnya makin malap dalam kehidupan insan, walaupun hakikatnya adalah terang lagi menyuluh segenap penjuru.

Hampir saja aku tak bertahan, mahu saja diluahkan,,tapi aku tetap biarkannya sirr kerana belum tiba waktunya..kerana aku tidak mahu tindakan berpaksikan nafsu akan menjatuhkan aku dalam medanku disini, dimana zahirnya aku keseorangan,tapi hakikatnya tidak,,dan aku berdoa ianya terus begitu,kerana tiada daya dan kekuatan melainkan-Nya..

Cita-cita dihati,hendakku menempa sebilah pedang, masih belum siap penyempurnaannya,,sebagai persediaan dan kelengkapan untuk menyahut seruan yang bakal tiba,walaupun tak kunjung tiba pada hayatku,akan ku turunkan kepada keturunanku kelak andai diizinkan Allah,,

kerana aku yakin, seruan itu akan tiba,dan pedang itu satu keperluan,walaupun bukan masanya pada aku untuk menggunakannya sepenuhnya,tapi dengan izin Allah masanya pada yang akan datang,,

Aku berdoa semoga pedang ini bukan sahaja ada padaku,malah turut ada pada saudara-saudaraku..tapi ku tahu, mereka pun mempunyainya,, ku berharap ku mampu dan kuat memegangnya,,serta menyimpannya walaupun terpaksa ku sembunyikan dalam pakaianku sekalipun..

 Ya Allah,,memang perjalanan perjuangan ini takkan mudah, hamba mengakuinya,,ampunilah segala dosa-dosa kami, teguhkanlah hati kami, terangkanlah mata kami, kurniakanlah kami pertolongan-Mu, rahmatilah kami dengan kasih-Mu,,pandanglah kami ya Allah,walau sekadar jelingan,,kurniakanlah kami keredhaan-Mu ya Allah...

wallahu a'lam

Monday, June 13, 2011

Destinasi Cinta

1 comments


ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ

~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~



Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi 

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir 
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi



Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku.. Ya Allah..



Destinasi Cinta
Munsyid~Mestica

Thursday, June 09, 2011

Tiket Kematian

3 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ

~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~



TIKET KEMATIAN



MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN
Tempat berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh Perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi.
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika didatangi Malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas Nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, Pasti, dan tidak akan Berubah

SYARAT-SYARAT PERJALANAN
Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda, semua (pilot)yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Rasullullah serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendekiawan.

BARANG MUATAN YANG DI DIBENARKAN
5 meter kain kafan putih
Kapas Putih yang secukupnya
Muatan lain yang di pertimbangkan :-
Amal soleh
Sedekah jariah
Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya
Ilmu yang manfaat

Lain-lain muatan yang ditegah adalah tanggungjawab para penumpang. Barang siapa yang tidak mematuhinya akan didenda.

SAAT DAN WAKTU BERLEPAS
Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap-sedia untuk berlepas setiap saat jika tidak mahu sebarang kesusahan.

ULANGAN
Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti, yang tidak perlu diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini.

Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada anda semua. Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH surah Al-Kahfi,ayat 110; 
Ertinya : "..Barangsiapa mengharap perjumpaan denganTuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya" "







~edited by Ibnu Bakri
 ~ana kongsi artikel ni yang ana dpt dr sahabat ana,,mohon pembetulan dan teguran andai 
   tersalah


wallahu 'alam..



Monday, June 06, 2011

Cemburu dan Malu

0 comments

ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ



~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~



Di antara keistimewaan agama Islam kita adalah perhatiannya kepada moral dan akhlak yang mulia. Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam telah bersabda,

"Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak." (HR. Ahmad).

Ketika Nabi Muhamad Shallallaahu alaihi wa Sallam diutus, Baginda mengakui dan menetapkan akhlak mulia dan budi pekerti yang ada pada masyarakat Jahiliyyah. Sebaliknya, Baginda berupaya menghapus semua akhlak dan prilaku rendahan mereka, dan meluruskan apa yang perlu diluruskan. Di antara akhlak mulia yang dipegang teguh oleh masyarakat Jahiliyah adalah "kecemburuan".


Seorang lelaki sangat cemburu terhadap kaum wanita mahram mereka. Bahkan ada sebagian dari mereka yang kecemburuannya berlebihan, hingga tega mengubur putrinya hidup-hidup, karena khawatir kalau sudah dewasa akan berbuat sesuatu yang memalukan. Maka Allah Subhanahu wa Ta'ala mengharamkan perbuatan tersebut dan melestarikan rasa cemburu (ghairah) dengan menjadikannya sebagai bagian dari cabang iman.




Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda, yang artinya,

"Tiada sesuatu apapun yang lebih cemburu dibanding Allah." (HR. Ahmad dan Al-Bukhari).

 "Sesungguhnya Allah cemburu dan orang beriman pun cemburu. Allah akan cemburu apabila seseorang melakukan apa yang Dia haramkan." (HR. Ahmad, Bukhari dan Muslim).


Pernah suatu saat, ketika terjadi gerhana matahari, Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda di dalam khutbahnya,

 "Wahai umat Muhammad, tidak ada seorang pun yang lebih cemburu dibanding Allah." (Muttafaq 'alaih)


Suatu ketika, Sa'ad bin Ubadah berkata, "Seandainya aku menemukan seorang laki-laki bersama istriku tentu aku tebas ia dengan pedang, bukan dengan lempengnya tetapi dengan mata pedangnya". Maka Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda, "Apakah kalian merasa heran dengan kecemburuan Sa'ad? Sesungguh-nya aku lebih cemburu dibanding dia, dan Allah lebih cemburu dibanding aku." (Muttafaq 'alaih)


Para shahabat nabi benar-benar berpegang teguh kepada sikap (rasa) kecemburuan ini, karena cemburu (ghairah) mempunyai kedudukan yang sama dengan kewajiban dan cabang-cabang iman lainnya. Maka tidak aneh apabila ada salah seorang di antara mereka yang membunuh atau dibunuh karena kecemburuan yang ia pelihara.


Ibnu Hisyam meriwayatkan, bahwa ada seorang wanita Arab membawa barang dagangannya untuk dijual di Pasar Bani Qainuqa' (salah satu suku Yahudi Madinah). Ia duduk berdekatan dengan tukang perhiasan emas dan perak. Lalu sekelompok orang Yahudi datang dan bermaksud akan menyingkap wajahnya, namun wanita itu menolak keras. Kemudian, secara diam-diam si tukang perhiasan tadi mengikatkan ujung pakai wanita itu kepunggungnya, sehingga ketika si wanita itu berdiri auratnya tersingkap dan ia pun berteriak. Mendengar jeritan itu, seorang lelaki muslim melompat menyerang dan menindih lalu menghabisi nyawa tukang perhiasan jahat tadi. Akibatnya, sekelompok orang Yahudi memukul lelaki muslim itu hingga tewas.


Mendengar peristiwa itu, Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam langsung berangkat bersama sejumlah pasukannya dan mengepung Bani Qainuqa', sehingga akhirnya mereka menyerah dan Nabi mengusir mereka ke Negeri Syam.


Para ulama terdahulu (salaf) dan kaum muslimin menjunjung tinggi sikap mulia ini (cemburu), mereka tidak pernah menganggapnya remeh meskipun di dalam masa-masa tertindas. Ketika kaum Nasrani menjajah sebagian negeri mereka selama hampir dua abad lamanya, suatu rentan waktu yang cukup panjang dan kondisi kaum muslimin telah dianggap rapuh serta lemah, sedang-kan kaum Nasrani kuat dan akan tetap tinggal di negeri jajahan itu sampai turunnya Isa al-Masih.


Namun kenyataannya, kaum muslimin tetap tegar memegang teguh sikap (rasa) kecemburuan. Sementara itu, kaum Nasrani salibis sama sekali tidak mempunyai rasa cemburu (dayyuts). Seorang di antara mereka berjalan-jalan bersama istrinya, lalu di tengah jalan sang istri berjumpa dengan teman lelakinya, maka sang suami menyingkir untuk memberi kesempatan kepada istrinya bersukaria dengan lelaki tadi. Semoga Allah melindungi kita.


Sungguh sangat memprihatinkan, di negara kita yang berpenduduk majoriti muslim ini sudah terlalu jauh meninggalkan rasa cemburu. Pergaulan bebas dan berbaur antara laki-laki dengan perempuan yang bukan mahram sudah menjadi tradisi, bahkan banyak orang tua yang membiarkan putrinya keluar malam bersama lelaki (teman lelaki) hingga larut malam. Dan yang lebih parah lagi adalah adanya sebahagian orang tua yang membiarkan putrinya hamil di luar nikah tanpa ada rasa malu sedikitpun, apa lagi mau cemburu! Malah bangga, karena putrinya sudah mempunyai pacar, dengan alasan gaul.


Padahal Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam telah bersabda, yang artinya:

"Ingatlah! Tiada seorang lelaki yang berdua-duaan dengan seorang wanita melainkan setanlah yang menjadi pihak ke tiganya." (Riwayat Ahmad dan at Tirmidzi)

Sebagian lagi ada yang acuh tak acuh, bahkan bangga kalau putrinya berpakaian setengah badan, hingga tampak seksi dan menggiurkan lawan jenisnya. Na'udzubillah. Sungguh betapa makin jauh umat ini dari akhlak yang mulia dan dari tuntunan agamanya, termasuk diantaranya rasa cemburu.


Termasuk bentuk terkikisnya rasa cemburu adalah seorang laki-laki membiarkan istri atau wanita yang menjadi tanggung jawabnya ke luar rumah dengan membuka pakaian hijab/jilbab, menampakkan sebagian auratnya atau menampakkan bentuk tubuh dan warna kulitnya.


Termasuk juga membawa istrinya ke tempat-tempat umum yang terjadi ikhtilat di sana seperti pesta-pesta, sehingga istrinya menjadi sorotan dan sasaran pandangan kaum lelaki, juga membiar-kan mereka melakukan safar (perjalanan jauh) tanpa disertai mahram.

Rasulullah bersabda, ertinya, "Jangan sekali-kali seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita, melainkan dia beserta mahramnya dan janganlah seorang wanita itu melakukan safar, kecuali bersama mahramnya." Maka seorang laki-laki berdiri dan berkata, "Wahai Rasulullah sesungguh-nya istriku pergi haji, sedangkan aku sendiri telah diwajibkan ikut di dalam peperangan ini dan ini," maka Baginda bersabda, ertinya, "Pergilah berangkat haji bersama istrimu." (HR al Bukhari-Muslim)


Gambaran-gambaran di atas merupakan ilustrasi sebenar dari kondisi yang ada di beberapa Negara Islam atau yang majoriti penduduknya muslim.


Kedudukan Rasa Malu


Malu adalah cabang dari cabang-cabang iman sebagaimana hal itu diriwayatkan di dalam sebuah hadits Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam Maka barang siapa sedikit rasa malunya berkuranglah keimanannya. Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda, ertinya, "Rasa malu itu tidak datang melainkan dengan membawa kebaikan." Dan di dalam satu riwayat Muslim: Artinya,"Rasa malu itu baik semuanya," atau Baginda bersabda, "Semuanya adalah baik"
Berkata Salman al Farisi, "Sesung-guhnya apabila Allah menghendaki kehancuran seorang hamba, maka Dia cabut rasa malu dari dirinya. Jika rasa malu telah tercabut darinya, maka ia tidak menemui Allah, melainkan di dalam keadaan terlaknat dan dimurkai"

 Seorang penyair berkata, "Maka demi Allah, tidak ada lagi kebaikan dalam kehidupan Dan dalam dunia ini, …bila rasa malu telah pergi. Orang itu akan hidup dengan baik selagi memiliki rasa malu" Sebagaimana ranting kayu akan lestari jika kulitnya masih abadi


Penyair lain berkata: Sesungguhnya aku melihat Bahwa orang yang tidak memiliki rasa malu Dan tidak pula (memiliki) amanah Ibarat orang telanjang ditengah-tengah manusia.


Sebab-Sebab rendahnya rasa malu (terutama pada wanita) disebabkan oleh banyak faktor, antara lain:
1.Tidak adanya pendidikan secara serius semenjak kecil, karena orang yang terbiasa dengan sesuatu, pada masa mudanya akan terbawa terus hingga masa tuanya. Sesungguhnya ranting-ranting itu akan tegak lurus. Engkau boleh meluruskannya (dimasa tumbuh) Namun ia tidak bisa diluruskan Ketika sudah menjadi kayu
2.Seringnya wanita bergaul dan berbincang-bincang dengan laki-laki ajnabi (yang bukan mahramnya).
3.Seringnya bergaul dengan orang- orang yang sedikit rasa malunya atau seringnya melihat mereka. Hal ini boleh berlaku melalui acara melancong ke luar negeri, bertemu di pasar, pusat-pusat perbelanjaan , juga melalui media.
4.Termasuk faktor yang terpenting juga adalah seringnya wanita ke luar rumah. Allah berfirman, Artinya, "Dan berdiamlah kamu (istri-istri Nabi) di rumah-rumah kamu." Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam juga bersabda, Artinya, "Wanita itu adalah aurat. Sesungguhnya apabila ia keluar maka setan membuntutinya dan sesungguhnya dia tidak lebih dekat kepada Allah dibanding (ketika) ia berada di tengah-tengah rumahnya."
Juga sabdanya yang lain, Artinya, "Janganlah kamu melarang istri-istrimu (mendatangi) masjid, sedang rumah-rumah mereka itu lebih baik bagi mereka." (HR Ahmad dan Abu Dawud)

Al Hafizh ad Dimyati berkata, "Ibnu Khuzaimah dan para ulama menyatakan bahwa shalat wanita di rumahnya lebih baik dibanding shalatnya di masjid, meskipun masjid, al-Haram Makah, masjid Nabawi Madinah atau masjid al Aqsha.


 Marilah kita berusaha membuktikan persaksian kita bahwa Muhammad Shallallaahu alaihi wa Sallam adalah Rasulullah dengan cara mempercayai apa yang beliau kabarkan, menaati yang beliau perintahkan dan menjauhi semua yang beliau larang. Jangan sampai kita menyalahi perintahnya karena mengikuti hawa nafsu atau karena pengaruh seseorang atau karena sebab-sebab lain. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman, Artinya,

 "Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah rasul takut akan ditimpa fitnah atau ditimpa azab yang pedih." (an Nur 63).


Sumber: Nasyrah Darul Wathan Riyadh "al ghairah wal haya' terjemah Agus Hasan Bashori .



~edited by Ibnu Bakri 
 -ana asif andai ada kesalahan dan beberapa ayat yang kurang difahami,ana hanya edit sikit untuk lebih kefahaman sebab asalnya artikel ni dalam dialek Indonesia.
Tidaklah ana sampaikan melainkan khusus untuk diri ana dan insyaAllah untuk kita semua renungkan.



Berapakah lagi nilai Al-Haya' dalam diri kita?
Masihkah ada walaupun sekecil zarah?
ataupun telah hilang dek dilebur noda dunia?

Wallahu 'alam
 

Komen Terbaru