Powered by Blogger.
 

Thursday, June 09, 2011

Tiket Kematian

3 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ

~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~



TIKET KEMATIAN



MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN
Tempat berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh Perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi.
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika didatangi Malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas Nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, Pasti, dan tidak akan Berubah

SYARAT-SYARAT PERJALANAN
Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda, semua (pilot)yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Rasullullah serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendekiawan.

BARANG MUATAN YANG DI DIBENARKAN
5 meter kain kafan putih
Kapas Putih yang secukupnya
Muatan lain yang di pertimbangkan :-
Amal soleh
Sedekah jariah
Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya
Ilmu yang manfaat

Lain-lain muatan yang ditegah adalah tanggungjawab para penumpang. Barang siapa yang tidak mematuhinya akan didenda.

SAAT DAN WAKTU BERLEPAS
Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap-sedia untuk berlepas setiap saat jika tidak mahu sebarang kesusahan.

ULANGAN
Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti, yang tidak perlu diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini.

Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada anda semua. Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH surah Al-Kahfi,ayat 110; 
Ertinya : "..Barangsiapa mengharap perjumpaan denganTuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya" "







~edited by Ibnu Bakri
 ~ana kongsi artikel ni yang ana dpt dr sahabat ana,,mohon pembetulan dan teguran andai 
   tersalah


wallahu 'alam..



3 comments:

  1. Allah...peringatan yg bagus...
    smga kta sudah bersedia menerima tiket itu
    Allah redha,kita juga redha..

    ReplyDelete
  2. tak dapat kita sangkal bahawa mati mampu mentarbiyah diri,,dengan kita mengingatinya dan bersedia untuknya demi keredhaan-Nya..

    ReplyDelete
  3. Ya Rabb, berikanlah keampunan keatas diri kami atas segala kesalahan yang kami lakukan. Andai Engkau tidak memaafkan diri kami ini, maka termasuklah kami diantara golongan yang mendapat kerugian. Ya Rabb, tunjukkan kami jalan yang dapat memberikan nikmat dunia dan akhirat. Peringatkan kami jika kami terlalai dan leka atas kenikmatan dunia yang fana ini. Amin.....ya rabbalalamin.....

    ReplyDelete

 

Komen Terbaru