Assalamu'alaikum sahabat sekalian
,,untuk renungan bersama,,(sbnarnya sy da post artkel ni kat facebook,,skadar peringatan kembali)
Sedarkah kita bahawa kiamat semakin menghampiri??,,telah pun banyak tanda-tanda kiamat berlaku,,
"Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba,kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang?"
~Surah Muhammad:18
Sesungguhnya hari kiamat merupakan perkara yang ghaib bagi kita,adakah ini bermaksud kita biarkannya terus ghaib di sudut hati kita??tentunya tidak!!
kita sentiasa berfikir tentang apa akan kita lakukan pada esok hari,apa yang kita inginkan pada esok hari,,
kita juga sentiasa fikirkan tentang masa hadapan kita kelak,,sedangkan hari esok juga adalah perkara ghaib bagi kita,manakah ruang masauntuk kita fikirkan akhirat??
Gambar sekadar hiasan
tanya pada diri,,nikmat yang sementara atau nikmat yang kekal selamanya yang kita inginkan?
Tepuk dada tanya iman,bukan selera,kerana bila selera ditanyakan ,itulah yang dinamakan NAFSU!
tatkala ketika penciptaan akal dan nafsu menurut sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir AL-Khaubawiyi(seorang ulama yang hidup dalam abad ke13 H),,
,,setelah nafsu dicipta oleh Allah,maka Allah bertanyakan kepada nafsu,siapakah nafsu dan siapakah diri-Nya,nafsu dengan sombong lalu menjawab,"aku adalah aku,dan Engkau adalah Engkau",,setelah Allah menyeksanya dan ditanyakan lagi soalan yang sama kepada nafsu,nafsu masih menjawab dengan jawapan yang sama,setelah diseksa lagi,barulah nafsu mengakui bahawa dia adalah hamba Allah dan Allah adalah tuhannya,,
jawapan ada pada diri sendiri,jangan kita biarkan diri kita dikawal oleh nafsu,kerana kalau kita dikawal oleh nafsu maka kita akan menjadi musnah,,
tapi,adakah kita berusaha menjurus ke arah pilihan kita itu?!tanya diri..
Bumi yang kita diami sekarang ini sudah tua,bumi ini juga merupakan ciptaan Allah yang bersifat sementara,,
para pengkaji turut mengakui bahwa semakin kerap berlaku gegaran di bumi berbanding dahulu,
kita sebagai penumpang di muka bumi ini sepatutnya menjaganya dengan baik,,tanggungjawab kita sebagai umat Nabi Muhammad atas muka bumi ini ialah ibadah,khilafah dan imarah,,bukannya merosakkannya dengan begitu rakus dalam misi mencapai kemajuan!
"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."
~Surah Ar-Rum:41
masih tidak sedar kah kita??Sedangkan malaikat Israfil sendiri tidak tahu bila berlakunya hari kiamat,,
Ya sahabat sekalian,,sesungguhnya kita hidup adalah untuk mati..
jangan dipandang ayat tersebut dengan pandangan biasa,pandanglah dari sudut musyahadah(pandangan hati),,
jangan difikirkan ayat tersebut dengan pemikiran biasa,fikirlah dari sudut zauq(perpaduan rasa dan pendapat hati),,
potongan daripada hadith Rasulullah S.A.W ada mengatakan;"...Ketahuilah bahawa dalam diri ini terdapat segumpal daging,jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh;ketahuilah bahawa dia adalah hati."
kita kena jaga hati masing-masing,elakkan dari terkena penyakit hati,kalau sudah terkena,segera rawatinya,,penyakit hati ni banyak,salah satunya ialah riak,ujub,takbur,sum'ah dan hajbun,,
tanda-tanda kiamat kebanyakannya telah pun berlaku,,gunakanlah peluang yang dipinjamkan Allah kepada kita ini dengan sebaiknya,
bersama kita muhasabah diri,,bersama kita berusaha mencapai redha Allah,,sesungguhnya nikmat yang paling tinggi di akhirat kelak ialah dapat bertemu Allah,,
bersama kita saling menasihati dan memperingati kerana sesungguhnya firman Allah;
"Dan tetaplah memberi peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman"
Surah Adz-Dzariyat:55
...
saya gunakan kata nama "kita" disini kerana peringatan ini juga adalh untuk diri saya sendiri,,sekadar peringatan,perkongsian,penghayatan untuk diri kita semua yang membawa Islam sebagai agama kita yang haq,,
"sesungguhnya agama(yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam..."~Surah Ali Imran:19
sekian,wassalam,,,