Powered by Blogger.
 

Sunday, September 18, 2011

Musim Baru

0 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ

~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~


Dah lama rasanya ana tak post apa2 kat sini,,sebab komitmen pada urusan lain..urusan kuarga,urusan persediaan ke universiti dan lain-lain,,,sekadar perkongsian catatan sang musafir,Alhamdulillah kini menyambung pelajaran kat Universiti Teknologi Mara,kampus Arau Perlis,,dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Teknologi Marin.





Kelihatannya ana agak terlewat,kawan-kawan lain dah pun membicarakan perihal universiti masing-masing sebelum ni ,,ana plak baru sekarang..Masa dapat tawaran ke sini memang agak terkejut sikit,sebab ana tinggal kat sabah,,dan universiti yang  ana ditawarkan tu kat perlis..dan , hanya ana seorang yang dapat kat sana dalam kalangan rakan-rakan ana yang akan menyambung pengajian ke peringkat universiti..


kakak dan abang ana menawarkan pada ana,kalo ana nak ,mereka akan tolong ana untuk menyambung kat UMS,tapi ana tetapkan tekad untuk menuju ke tempat baru,,insyaAllah kat sinilah Allah tetapkan untuk ana..kali ni prjalanan musafir dari hujung ke hujung..


6 haribulan September adalah tarikh untuk ana mendaftar,tapi ana mendaftar pada keesokannya,sebab tiket flight masa tu lebih murah,,rasanya..

7 September..lebih kurang pukul 4.30 pagi,ana dah pun bertolak dari rumah kakak ana kat kota kinabalu,ditemani kakak dan abang ipar serta anak saudara tersayang..

Bila urusan kaunter kat airport selesai,ana pun masuk ke balai perlepasan,kakak dan abang ipar dah pun pulang masa tu..inilah perjalanan solo ana yang pertama yang melibatkan jarak yang sangat jauh..
Setelah solat subuh kat balai perlepasan,ana bergegas ke pintu pelepasan,,kat situ ana brjumpa dengan sorang lelaki yg ana terserempak sebelum tu,,he,dia pnggil ana “abang”,,padahal umur sama saja,,ana da bagitahu dia tak perlu panggil “abang”,tapi dia tetap panggil juga,,mungkin sebab memang ana dah tua kot
Masa tu juga,tak sangka terjumpa pula dengan seorang sahabat dari matrikulasi,dia juga ambil flight yang tu,tapi dia nak daftar kat UKM,,


Perjalanan melalui udara dari KKIA ke KLIA mengambil masa lebih kurang dua jam..sampai kat KLIA lebih kurang pada pukul 8.30 pagi..sampai kat KLIA ja,da ada rombongan dari UKM yang bersedia untuk mnyambut pelajar baru,termasuk sahabat ana lar tu,,tapi mereka akan bertolak ke UKM lebih kurang dalam pukul 10,jd ana dan sahabat ana pun guna masa yang ada untuk stay sekejap kat surau..


Ana ad juga terserampak dengan junior ana masa sekolah menegah dulu kat airport ni,,setelah sahabat ana berangkat ke UKM,ana sorg2 tunggu kat airport sampai pkul 1.30,,utk flight kedua ana ke alor setar..d pendekkan cerita,ana pun sampai kat uitm,,banyak juga dugaan masa first2 sampai kat sini,rasanya tak perlu lar ana ceritakn pasal dugaan tu,nanti antum suma letih pula sebab mmbaca..8’)


Alhamdulillah,masa dalam kebingungan tu,ada sorang abang meraikn ana,..subhanAllah,sememangnya ukhwah antara para petugas ‘amal Islami sungguh indah walaupun baru bersemuka tapi terasa sudah lama.

insyaAllah esok adalah hari pertama kuliah..

terima kasih Mak,ayah,kakak,abang2,adik
terima kasih Allah,Alhamdulillah

~Ibnu Bakri,14/9/2011,12.09 a.m




dah basi baru dpt post...

0 comments:

Post a Comment

 

Komen Terbaru