Powered by Blogger.
 

Tuesday, May 31, 2011

Dunia Ibarat Bayang-bayang

2 comments

ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ


~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~



 
Penat kaki melangkah tak tertanding dengan ibrah dan mutiara nasihat dalam khutbah Jumaat, 27 Mei, di Masjid TM yang terletak di kawasan Menggatal, Sabah kalo ana tak silap. Perjalanan menelusuri jalan di bawah terik mentari bersama sahabat-sahabat sekali lagi memberi tempat kepada alam untuk mendidik diri.


Ana teruskan kepada perkongsian yang ingin ana sampaikan.Ana tertarik dengan satu analogi yang disampaikan oleh khatib dalam khutbah Jumaat yang lalu. Kata beliau, dunia ini ibarat bayang-bayang,jika kita mengejarnya kita tidak akan dapatkannya selama-lamanya. Tetapi bila kita tidak pedulikannya,ia pula yang akan mengikuti kita. Begitulah lebih kurang apa yang dikatakan oleh beliau.

























 

Gambar sekadar hiasan



 
Apa yang dimaksudkan dengan ''tidak mempedulikannya"?,,kita tidak mempedulikannya kerana kita sibuk dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan hakikat keperluan kita yang sebenarnya, dalam kita beribadat kepada Allah, melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran, berjihad di jalan Allah dan berkelana dalam menuju makrifat-Nya dan sebagainya.


Kenapa pula jika kita mengejar dunia kita tidak akan dapat selama-lamanya??padahal ada orang yang mengejar dunia, dan dia berjaya mendapatkannya,malah berlipat kali ganda..
Kita kena lihat balik mendalam,adakah itu kebahagiaan yang sebenarnya?adakah itu balasan Allah kerana amalnya ataupun hanya untuk menyesatkannya?
Tepuk dada,tanya iman..


Post kali ni tak panjang,,ana asif kalo ada kesilapan. Mungkin anda akan rasa sesuatu hilang ataupun tergantung masa baca post ni atau pun post2 sebelum ni,,maka latih diri kita untuk berfikir. Ana sendiri sebenarnya sukakan persoalan,dan tidaklah ana sampaikan ini melainkan untuk diri ana khususnya dan insyaAllah untuk diri kita semuanya untuk kita bersama-sama memaksimumkan daya pemikiran kita. InsyaAllah dari persoalan ini mengajar kita untuk sentiasa mencari jawapan.

wallahu a'lam

Program Intelectual Leader Camp

0 comments

ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ


Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,,selawat dan salam atas Baginda,Nabi junjungan,Nabi Muhammad S.A.W serta seluruh keluarga dan sahabat Baginda..


Segala puji sekali lagi ana rafakkan kepada Allah, Tuhan semesta alam,,kerana program Intelectual Leader Camp anjuran Alumni PERPPIS SMK Tebobon dan Alumni BALKIS SMP Likas,Kota Kinabalu telah berjaya dilaksanakan pada 27 Mei yang lalu sehingga 29 Mei. Setelah lebih kurang dua hari barulah ana dapat kongsikan sedikit pengalaman ana di SMK Tebobon, Kota Kinabalu.


Sebenarnya ana ni pun bukanlah bekas pelajar sekolah tersebut, tapi mendapat pelawaan dari sahabat untuk menyertai program tu sebagai AJK dan fasilitator. Walaupun menghadapi pelbagai dugaan dalam melaksanakan program tersebut, alhamdulillah ianya masih dapat berjalan dengan lancar dan menyajikan hikmah dan kurnia-Nya tak kira kepada AJK sendiri mahupun peserta. Alhamdulillah ana dapat berkenalan dengan ramai sahabat baru dalam program ni, dan secara tidak langsung program ni turut mendidik para AJK dan fasilitator untuk lebih berkepemimpinan.


Kali ni ana cuma terangkan secara ringkas mengenai program ni. Program ni bermula sekitar pukul 4 petang di mana para peserta mula mendaftar, dan pada malamnya,acara 'ice breaking' yang diurus oleh pengarah progrm sendiri yang menyentuh sedikit kelainan. Pengarah program buat ala-ala Imam Muda semasa sesi 'ice breaking' tu. Pada keesokan harinya, para peserta disajikan dengan beberapa aktiviti menarik.


Pada malamnya pula,ada sedikit aktiviti dan disambung dengan acara Malam Kesenian Islam, di mana peserta diminta untuk mempersembahkan persembahan yang telah ditugaskan sebelum itu.
Persembahan dari peserta, sumanya mantap2,,tak lupa juga persembahan nasyid dari AJK,tak sangka dapat juga ana lepaskan rindu dengan bernasyid dengan sahabat Shoutul Irfan(walaupun hanya kami dua orang masa tu) dan bergabung dengan kumpulan Ar-Rayyan dari SMK Tebobon.


Salah satu acara yang ana tak dapat lupakan ialah masa sesi penghayatan,,satu ayat yang diluahkan oleh salah seorang fasilitator masih terngiang-ngiang di telinga ana,,

"...Ya Allah,pandanglah aku walau sekadar jelingan..."

Lebih kurang begitulah ayatnya,,insyaAllah sama2 kita hayati. Esoknya pula ada sedikit lagi aktiviti sebelum program bersurai, salah satunya ialah Perintah Si Bisu,,aktiviti ni agak seronok dengan pelbagai ragam peserta. Program berakhir lebih kurang pada pukul 2.30 petang.


Apa-apa pun ana memang bersyukur kerana terpilih untuk turut sama terlibat dalam program ni. Syukran ana ucapkan kepada sahabt ana yang sudi mengajak ana untuk terlibat dalam program ni,akhi Shahfieq yang juga merangkap sebagai pengarah program dan tak lupa kepada suma rakan AJK dan fasilitator.
Ana ingin memoon maaf kerana agak ringkas dan tak ada apa yang nak dipaparkan dalam post ni pada waktu ini,,insyaAllah ana akan post bila diberi peluang.


wallahu a'lam

Wednesday, May 25, 2011

Puisi Pak Cik

1 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ


~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~

Kali ni ana cuma letakkan puisi Pak Cik ana yang baru beliau buat pagi tadi, insyaAllah walaupun agak ringkas tapi penuh dengan mutiara nasihat dan muhasabah. Beliau seorang yang suka berpuisi dan menulis. dan selalu tag ana puisinya kat FB bila ada puisi baru, yang ni salah satu dari banyak2 yang beliau tag.

Tajuk puisi ni ialah "Musafir".

Gambar sekadar hiasan

"tamuku lewat di suatu malam musim panas
kedatanganmu pun memang tak kusangka, malam kembang bunga kenanga
sinar matamu yang rudup bicaramu musafir yang lelah
kau minum segelas susu sambil berbual kota yang ranap
bumi merekah mimpi  gerun  bulan yang terhiris
kutanya  apakah sudah ditemukan yang benar..
belum, mereka masih menghitung nasib dan dosa-dosa celaka
bual semakin lemah, kisahnya berhenti.
kutunggu esok mendatang, musafirku masih di ufuk mimpi."



~Kalo nak baca lagi puisi-puisi beliau boleh lihat kat blog ni,,tapi mungkin kat blog tu agak kurang sikit,,sebab ana sendiri lihat beliau lebih suka post puisinya kat fb,,8')

InsyaAllah kita cuba perah otak kita ni untuk berfikir lagi, mngeluarkan mutiara nasihat dan muhasabah dari puisi ni.

Wallahu a'lam

Sunday, May 22, 2011

Perjalanan kali ni..

0 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ


~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~





Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,,walaupun sejak beberapa hari ni ana agak sibuk sedikit,tetapi di samping kesibukan yang tak seberapa sibuk tu pun ada banyak ibrah yang dapat dikutip dengan izin Allah,insyaAllah.

Bila diperhatikan alam, kejadian sekeliling, walaupun hanya perkara kecil yang terjadi di sisi,,sungguh Allah tidak menjadikan semua ini dengan sia-sia, akan ada hikmah yang menyusul walaupun terkadang ianya
terang benderang depan mata,yang kadang-kadang hanya sebahagian yang menyedarinya, dan terkadang ianya terselindung dek hijab dan tersirat,yang hanya sedikit yang menyedarinya, semuanya dengan izin Allah.

Ada perkara yang jelas di hadapan seseorang tapi dia tidak mampu melihatnya,tapi orang lain yang mampu melihatnya dan ada perkara yang terselindung di sebalik perkara yang lain tapi mampu dilihat dan disedari oleh sebilangan yang lain. Dan tidaklah semua ini melainkan dengan izin Allah.

Dalam beberapa hari ni,ana banyak sikit berjalan di muka bumi Allah ni di samping sahabat-sahabat seperjuangan, meraikan sahabat, bermesyuarat untuk program yang disertai, menuntut pengetahuan,,,semuanya banyak menimbulkan persoalan dan rasa senang serta ibrah tersendiri.

Semalam pula,,alhamdulillah anak saudara ana selamat dilahirkan. Ana bermohon pada Allah agar inilah insan yang suatu hari nanti bakal bersama-sama di barisan hadapan dalam memperjuangkan agama Allah,
inilah insan yang bakal meletakkan usaha di jalan dakwah,
inilah insan yang bakal bersama dalam menegakkan kembali Khilafah Islamiyyah,
inilah insan yang hidupnya tidaklah melainkan kerana cinta kepada Allah dan kekasih-Nya,,

InsyaAllah minggu yang baru ni pula ana akan bergerak ke Labuan untuk menyertai sahabat-sahabat dalam minggu pengurusan pelajar baru kolej Matrikulasi Labuan bagi membantu dalam pngurusan pelajar baru.
Apakn daya ana,ana hanya mampu menyertai lebih kurang dalam satu hari saja.
Semua ni pun hanyalah perancangan,Allah yang menentukan segalanya.
Segala puji bagi Allah, sehingga kini masih mampu bernafas mendapat nikmat oksigen yang kadang kala kita ni lupa betapa nikmatnya menghirupnya.Kadang-kala kita lupa nikmat Allah ini yang mana kita sentiasa menyedutnya dengan izin Allah,kadang-kala kita terlepas pandang perkara ni.

Walaupun ianya mungkin dipandang sesuatu perkara yang kecil,mungkin tidak semua tapi mungkin hanya segelintir. Tetapi kita berharap agar tidaklah bilangan itu melainkan sedikit jika ada.
Setiap nikmat Allah yang dikurniakan, sungguh walaupun ianya sekecil zarah,hikmahnya sangatlah besar.

Kadang kala kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai atau pun telah ditakdirkan untuk memperoleh sesuatu yang pada kita tidak berasa senang dengannya,,apakah yang kita lakukan??kita bersedih,merasa putus asa,merungut dan sebagainya atau pun bersyukur??

mungkin itu adalah balasan kepada kita atas apa yang telah kita lakukan sebelum ni,atau pun Allah menguji kita disitu,dan tidak salah jika dikatakn itu sendiri sebenarnya adalah nikmat,,mungkin dengan perkara itu kita lebih mengingati Allah dari sebelumnya.Allah lebih mengatahui apa yang lebih baik untuk kita.(Al-Baqarah,2:216)

Tidaklah ana sampaikan ini melainkan khusus untuk diri ana sendiri dan insyaAllah untuk kita semua,ana mohon maaf jika agak kurang di fahami dan ada kesalahan. Masa ni pun sebenarnya ana cuma nak kongsi sedikit perjalanan hidup ni, pasal berita kelahiran anak saudara baru ni,,tapi nampak macam tak banyak kn yang dikongsi di atas,,8')

'mood' kali ni agak mendatar kan??apa pun,bagi komen ja jika ada apa2,,8')
insyaAllah hanya ni ja untuk kali ni,

wallahu a'lam

Monday, May 16, 2011

Wahai yang terasing..

0 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ



~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~




"Bila berbicara soal Dai'e,gentar rasa hatiku..bila mgenangkn amanah yg harus ku pikul d bahu ku..ku t'igt akn tingkat iman ku yg bgtu rndh..ku trbyang akn dosa yg smkin mgunung tgginya..ku trkenang qiamullail n zikirku,masyaAllah,sgguh myedihkan..ku sering trtnya,knpa aq yg trplih???"



Ayat kat atas ana copy dari satu post kat fb,sememangnya bagi ana post ni adalah untuk muhasabah diri rakan seperjuangan yang menggalas amanah untuk memartabatkan dan menjulang Islam itu sendiri di muka Bumi Allah ini yang semakin hari kian tua, dakyah kuffar semakin berleluasa, yang asing menjadi kebiasaan, pemerintahan sekular yang semakin berleluasa menghanyutkn umat, dan hanya sebilangan yang mampu bertahan.


Post tersebut benar2 menyelimuti hati ini. Wahai sahabat dan sahabiah sekalian andai kata persoalan "kenapa aku yang terpilih?" timbul di benak hati kita, maka janganlah kita bersedih.


Bersenang hatilah kerana anda terpilih untuk masuk dalam golongan yang mana Baginda sebut dalam hadis Baginda golongan yang dagang(ghuraba').


"Sesungguhnya Islam itu datang sebagai dagang dan akan kembali sebagai dagang, Sesungguhnya beruntunglah bagi orang yang dagang"-mafhum hadis(ana asif andai kurang tepat maksud hadis yang ana sampaikan ni).
Kenapa "dagang" ?Kita lihat balik pada masa dahulu, orang yang brdagang membawa barang-barang dagangan yang asing bagi sesuatu kawasan itu. Apa kaitannya dengan Islam?


Tatkala  Baginda Rasulullah membawa Islam di awal perjuangan, Islam merupakan sesuatu yang asing bagi masyarakat arab jahiliyah ketika itu. Sedangkan Baginda sendiri yang diketahui ramai sebgai seorang yang jujur,Al-Amin,di tentang oleh masyarakat jahiliyah,hatta bapa saudara Baginda sendiri menolak Baginda dan ajaran Islam, bapa saudara yang dahulunya sangat gembira dengan kelahiran Baginda sehingga kegembiraannya itu mnyebabkannya membebaskan salah seorang hambanya yang menyampaikan berita kelahiran Baginda kepadanya.


Mungkin suma maklum dengan kisah di awal perjuangan Islam. Ketika itu umat Islam ditindas bahkan dipulaukan. Kita lihat umat Islam kini, perkara yang kita tidak biasa, yang bukan sepatutnya terjadi dalam diari kehidupan seorang muslim berlaku ibarat ianya suatu yang tidak mengapa jika berlaku. Banyak gejala sosial berlaku, 'couple' sana sini dan sebagainya.


Padahal perkara yang sepatutnya hadir dan dilaksana dalam kehidupan seorang muslim pula dikeji,dilabel sebgai tak ikut 'trend', zalim dan sebagainya. Malah ianya semakin asing bagi masyarakat kini,sehinggakan ada ulama' yang mengatakan zaman kita inilah zaman kdua yang disebut dalam hadis Baginda, "kembali sebagai dagang",,


Ana tertarik dengan satu ceramah Syeikh Khalid Yasin,seorg pendakwah kelahirn Brooklyn, berkaitan "ghuraba'",,satu situasi yg beliau katakn yang ana tertarik ialah;
bila seorg wanita yg dahulunya tidak mngamalkn Islam,ttpi mndapat hidayah untuk beramal hidup Islami,,dia brhnti kerja,tidak kluar rmh mlainkn dgn izin suami,mngenakan niqab dn sebgainya,kmudian si suami yang hairan dgn pnampilan baruny hairan,tidak mnerima dgn prubahan pad dirinya,d pndekkn crita,si suami mnceraikan si isteri yg telah bertaubat.




kemudian apa yg d katakn oleh Syeikh Khalid Yasin?,,jgn sdih,kerana dia termasuk dalam ghuraba',kita sama2 doakn insyaAllah dia akan dkurniakn suami yg turut bersama2nya dlm ghuraba',,
(lebih kurg ap yg dikatakn beliau dlm ceramah tersbut)


Sesungguhnya Allah mnjanjikan yang terbaik untuk umatnya,,


"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad)47:7


Kadangkala terasa ujian ini sukar, tp ingatlah ketentuan yang telah ditetapkn-Nya adalah yang terbaik,


"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah)2:216






Bersama kita muhasabah diri,sesungguhnya Allah itu dekat dan mendengar bagi hambanya yg berdoa,yakin akan janji Allah. Sungguh janji Allah adalah sebenar2 janji dan Dia tidak akan sesekali memungkiri janji-Nya..




Mehnah dan tribulasi adalah lumrah seorang pendakwah, pejuang Islam yang menegakkan syiar Islam dan menjulang kembali cahaya Islam di muka Bumi ini.
La tahzan ya jundullah,,.innAllaha ma'ana,,









Tidaklah ana sampaikan in melainkan khusus untuk diri ana sendiri dan insyaAllah untuk kita semua bersama2 ambil iktibar. 


Wallahu a'lam

Sunday, May 15, 2011

Tahap Kesedaran Kita (karya)

0 comments
ﺑﹻﺴﹿﻢﹺ ٱﷲﹺ ٱﻟﺮﱠﺣْﻣﹷﻦ ٱﻟﺮﱠﺣﹻﻴﹿﻢﹺ


~Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam atas nabi junjungan,Muhammad,Rasulullah S.A.W serta atas para keluarga dan para sahabat Baginda~



Kali ni komik untuk terbitan buletin Infiniti Sahabat Al-'Irfaan,Kolej Matrikulasi Labuan,Edisi MPPB(minggu pengurusan pelajar baru) Sesi 2010/2011

Sahabat ana yang mencadangkan tajuk komik ni,sebab ana sendiri tak pasti nak letak apa.

Latar tempat :Kolej Matrikulasi Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Untuk makluman,waktu Zuhur kat sini memang awal,sebab tu dalam komik ni latar masa bermula pada pukul 1.00 p.m. InsyaAllah kita sama-sama ambil 'ibrah yang tersurat dan tersirat.



                   

yang ini masa nak transfer ke dalam komputer,tak dapat nak scan,ambil gmbar ja,,susah sikit nak edit.


Yang bawah ni setelah siap,tp masih lagi banyak kekurangan.
Maaf atas segala slah dan silap.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Macam tergantung kan cerita ni?mungkin masa tu dah kekurangan masa,jadi kurang perah otak ni,,apa pun ana asif kepada suma...sekian

wallahu a'lam

 

Komen Terbaru